Pisang tidak hanya enak dimakan setelah digoreng ranggup, malah juga sedap dimakan begitu sahaja setelah ianya masak ranum. Selain rasanya yang digemari ramai, pisang juga dimakan kerana kandungan khasiatnya yang banyak. Ianya baik untuk kesihatan dan berupaya meningkatkan tenaga.
Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium. Ia juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.
Jadi tidak hairanlah jika buah ini menjadi salah satu makanan kegemaran ramai antara kita jika ingin dibandingkan dengan buah yang lainnya. Kandungan dalam pisang matang telah terbukti memiliki khasiatnya yang tersendiri :
Menambah tenaga Fruktosa, glukosa dan sukrosa yang terkandung di dalam pisang akan dapat meningkatkan tenaga dengan lebih pantas. Oleh kerana ini juga ramai antara atlet akan mengambil buah pisang untuk mengembalikan tenaga mereka secara lebih cepat dan berkesan setelah penat bersukan.
Atasi sembelit
Pisang merupakan makanan terbaik bagi penderita sembelit. Ini karana pisang dapat menormalkan fungsi kolon di bahagian usus besar untuk menyerap sejumlah besar air agar usus dapat berfungsi dengan lebih baik.
Meningkatkan mood
Pisang mengandungi tryptophan, asam amino yang bertanggungjawab untuk menghasilkan serotonin. Serotonin adalah hormon yang dikenal untuk mengatasi kemurungan dan dapat membantu meningkatkan mood menjadi lebih baik.
Meningkatkan fungsi otak
Kalium yang ditemui di dalam buah pisang merupakan sumber yang baik untuk meningkatkan fungsi otak. Jadi digalakkkan kepada anda untuk mengambil sebiji pisang pada waktu sarapan sebelum anda memulakan aktiviti harian.
Atasi kegemukan
Diet terdiri dari pisang dan susu skim dianggap sebagai ubat yang efektif dan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Perlindungan kardiovaskuler
Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Kebiasaannya 467mg potasium dan 1mg sodium, boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi. Sebuah penyelidikan yang ditulis di Arhives of Internal Medicine telah mendedahkan bahawa makanan yang kaya dengan serat tinggi seperti buah pisang akan dapat membantu pesakit hati.
Ads
Merawat kudis dan luka
Pisang juga bermanfaat untuk merawat kudis dan luka. Dengan menyapu getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan luka akan cepat sembuh. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
Penderita anemia/ kekurangan darah
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati dua biji pisang setiap hari kerana pisang mengandungi zat besi yang tinggi.
Tip membeli pisang :
Pilihlah buah pisang yang bulat dan hindari memilih buah pisang yang batangnya kering. Pisang yang bagus seharusnya berwarna kuning atau hijau. Jangan memilih pisang yang warnanya kecoklatan.
Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
Apa bezanya rempah ratus dan herba masakan? Bunyi macam sama, kadang-kadang kita guna kedua istilah ini untuk maksud yang sama, rempah ratus disebut bahan penumis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila diteliti semula baru sedar bahawa ia dua perkara yang berbeza kalau dilihat jenis dan fungsinya dalam masakan. Bagi mengetahui perbezaan ini dengan lebih jelas, anda perlu baca penjelasan di bawah ini.
Istilah
Bahan ramuan masakan atau disebut juga bumbu, adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili daun kunyit, daun kari dan daun limau purut. Ia dikenali juga sebagai bahan asas dalam masakan dan diguna sebagai penyedap masakan. Sementara rempah ratus adalah bahan yang mempunyai aroma yang kuat, contohnya kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, lada hitam dan beberapa lagi. Ia tidak termasuk sebagai bahan asas dalam masakan kerana masakan tertentu sahaja ,menggunakan rempah ratus. Selain digunakan untuk tujuan masak, sebahagian rempah ratus juga boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan kesihatan.
Jenis:
Ramuan masakan ada dua jenis iaitu yang basah dan kering. Yang dikatakan bahan basah termasuklah bahan segar, sama ada yang dikisar atau dihiris halus dan sifatnya tidak tahan lama. Ia boleh tahan hingga seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sementara jenis kering adalah segar yang telah dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk kunyit dan boleh disimpan lebih lama, daun kari atau salam yang dikeringkan. Berbeza dengan bahan penumis, rempah ratus dijual dalam bentuk kering dan juga telah dijadikan serbuk untuk memudahkan penggunaannya.
Penggunaan
Ramuan masakan sangat penting dalam masakan kerana ia adalah bahan asas yang memberikan rasa pada makanan dan wajib ada dalam masakan. Sementara rempah ratus dimasukkan dalam masakan tertentu seperti kari dan sebahagian masakan yang bertumis dan memerlukan rempah ratus untuk membangkitkan aroma. Ia juga boleh digabungkan dengan bahan ramuan masakan dalam mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Agar-agar atau puding adalah dessert yang disukai ramai, kerana itu puding menjadi pencuci mulut wajib di kebanyakan majlis jamuan makan. Sayangnya ada masa puding yang anda sediakan terlembik dan berair, ia mematikan selera dan tidak segar. Ini menyusahkan tetamu untuk mengambilnya jika anda hidangkan dalam pinggan hidangan.
Tapi jangan bimbang, ikut tip senang ini, pasti puding anda tidak lagi berair:-
Selepas masak, biarkan puding sejuk dengan sendiri. Jangan tutup puding kerana wapnya akan menyebabkan puding berair. Tutupnya selepas ia sejuk sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan menympan puding terlalu lama dalam petisejuk, ia adalah lebih baik dihidangkan dalam keadaan yang fresh.
Sebaiknya sediakan puding tiga jam sebelum disajikan, jika terlalu lama disimpan dalam peti sejuk ia akan jadi berair.
Alamak! Susahnya nak buka penutup botol rempah ni, bila nak cepat ada je halangannya. Tangan pulak basah aduhai…. Anda pernah alami situasi sebegini? Jangan panik mahupun naik angin. Ini empat cara mudah tangani masalah penutup botol ketat.
Celup dalam air panas : Rebus air hingga mendidih kemudian celupkan bahagian penutup botol yang ketat ke dalam air panas untuk seketika. Kepanasan air mendidih itu boleh memberi tekanan udara di dalam botol dan hasilnya penutup botol boleh dibuka dengan mudah.
Guna sarung tangan plastik: Jika anda ada simpanan sarung tangan getah di rumah untuk kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk, kerja anda lebih mudah. Sebabnya sarung tangan plastk sifatnya kasar dan lebih mudah memberikan tekanan pada penutup botol dan akhirnya anda boleh membuka penutup botol dengan mudah.
Guna pengering rambut: Ini idea lebih kreatif. Udara panas yang dikeluarkan oleh pengering rambut membantu melonggarkan penutup botol, selepas beberapa minit penutup botol boleh dibuan dengan mudah.
Ketuk-ketuk bahagian bawah botol : Jika malas untuk ikut ketiga-tiga cara di atas, cuba ketuk dengaan tapak tangan bahagian bawah botol untuk memberi tekanan pada penutup botol supaya lebih mudah dibuka penutupnya. Tapi cara ini ambil masa sikit.
Macam mana, senangkan? Harap dengan perkongsian empat tip membuka penutup botol ini membantu memudahkan kerja-kerja anda di dapur.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!