Pisang tidak hanya enak dimakan setelah digoreng ranggup, malah juga sedap dimakan begitu sahaja setelah ianya masak ranum. Selain rasanya yang digemari ramai, pisang juga dimakan kerana kandungan khasiatnya yang banyak. Ianya baik untuk kesihatan dan berupaya meningkatkan tenaga.
Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium. Ia juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.
Jadi tidak hairanlah jika buah ini menjadi salah satu makanan kegemaran ramai antara kita jika ingin dibandingkan dengan buah yang lainnya. Kandungan dalam pisang matang telah terbukti memiliki khasiatnya yang tersendiri :
Pisang mengandungi tryptophan, asam amino yang bertanggungjawab untuk menghasilkan serotonin. Serotonin adalah hormon yang dikenal untuk mengatasi kemurungan dan dapat membantu meningkatkan mood menjadi lebih baik.
Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Kebiasaannya 467mg potasium dan 1mg sodium
, boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi. Sebuah penyelidikan yang ditulis di Arhives of Internal Medicine telah mendedahkan bahawa makanan yang kaya dengan serat tinggi seperti buah pisang akan dapat membantu pesakit hati.Pisang juga bermanfaat untuk merawat kudis dan luka. Dengan menyapu getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan luka akan cepat sembuh. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
Tip membeli pisang :
Pilihlah buah pisang yang bulat dan hindari memilih buah pisang yang batangnya kering. Pisang yang bagus seharusnya berwarna kuning atau hijau. Jangan memilih pisang yang warnanya kecoklatan.
Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
Sumber gambar: 123 royalty free
Inginkan PEMANGGANG ELEKTRIK dengan harga mampu milik, Klik DISINI.