Mak saya dulu rajin masakkan pisang rebus ni. Katanya sangat popular sewaktu zaman dahulu. Sama popular dengan menu ubi kayu rebus. Dua duanya sangat penuh khasiat dan mengenyangkan. Kiranya snek ini menjadi santapan orang zaman dahulu hampir setiap hari. Cara masaknya sangatlah mudah orang yang tak pandai masak pun boleh buat. Harini pula Hari Merdeka Malaysia yang ke-64 pastinya ramai yang mengimbau kenangan makanan yang sedap dan terkenal ketika dahulu. Hanya perlukan sedikit garam, air dan beberapa biji pisang mengikut kuantiti yang diinginkan lalu rebuslah di atas dapur. Bila dah cukup masak tu diangkat dan ditapis sehingga tiada titisan air lagi. Siapa yang belum pernah rasa tu bolehlah cuba dirumah!
BAHAN-BAHAN:
Pisang (kuantiti megikut keperluan sendiri)
Air
Sedikit Garam
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air bersama sedikit garam
2. Masukkan pisang masak sehingga lembut
3. Toskan dan pastikan tiada titisan air rebusan tadi.
4. Boleh di hidangkan dn di makan bersama keluarga
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI