Resipi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.
Bahan:
Roti 8 keping (suka pizza nipis),Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
Cara memasak:
1.Loyang sapu dengan margerin
2.Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya.
3.Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
4.Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
5.Letak sos tomato
6.Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
7.Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
8.Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat.
Yang nak reheat dulu pun boleh.
9.Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
10.Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.
11.Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan "hancur"). Saya takde pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja.
Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok. Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit. Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.
Credit : Nina Nuar
#mahn