Piza Homemade Guna Roti Sandwic, Sedap Sungguh

Share

 

Anys Idayu Zakaria melalui facebooknya telah berkongsi resipi membuat piza yang sangat mudah. Hanya menggunakan roti sandwic dan dibakar menggunakan air fryer sahaja. Sesuai dibuat untuk dihidang pada keluarga. Cepat siap dan senang.

PIZA HOMEMADE GUNA ROTI SANDWIC

BAHAN-BAHAN
Sos pasta
Roti sandwic
Kepingan ayam
Sosej dipotong kecil dan rebus
Chezzy
Sos cili
Sos tousand island
Pizza topping mozarella
Lada benggala

CARA MEMBUAT
1. Ratakan sos pasta atas sekeping roti.
2. Letak sekeping ayam salami, sosej dan chezzy berselang-seli
3. Letak sos cili dan thousand island.
4. Tabur pizza topping mozarella dan lada benggala.
5. Letak dalam air fryer dengan suhu 160° selama 10 minit.

Anys Idayu Zakaria
Link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3808542212519677&set=a.538697246170873&type=3&theater

Published by
Maryam Elyas