Piza Mini Burger, Guna Roti Burger Je

Share

Piza mini burger ini menggunakan roti burger. Saiznya macam burger tapi rupanya macam piza. Menarik kan? Tapi rasanya memang enak.  Boleh bubuh pelbagai inti/filling. Anak-anak pun tentu sangat suka.

Piza Mini Burger ini sesuai untuk dijadikan hidangan keluarga. Mudah nak dibahagi-bahagi. Seorang sebiji. Tak perlu nak berebut. Atau boleh juga dimasak ketika ada jamuan atau potluck. Tak payah potong-potong. Memudahkan.

Bila buat sendiri piza, kita bebas untuk buat apa intinya. Kalau suka keju, boleh letak bermacam-macam jenis keju di atasnya. Begitu juga boleh letak ayam, daging, seafood dan sebagainya.

Specialnya bila kita buat sendiri piza, kita bebas letak apa saja mengikut selera keluarga. Best kan?

Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Munierah Eyra

Jangan risau kalau tak ada ayam, daging atau seafood.  Jengok dalam peti ais dan ada sosej, ha…tu pun bolehhh.

PIZA MINI BURGER

Bahan-bahan:

3 biji roti/ban burger  (potong sedikit bahagian atas)
4-5 batang sosej (potong) – boleh beli secara online di sini
Sos spageti bolognese – boleh beli secara online di sini
Mozzarella cheese


1 biji cili Benggala hijau (potong memanjang) –
1 labu bawang Holand (racik halus) beli secara online di sini

Cara Membuat:

Untuk membuat inti/topping, tumis bawang Holland hingga terbit bau wangi.

Kemudian masukkan sos spageti Bolognese. Gaul sekata.  Akhir sekali masukkan pula sosej yang telah dipotong.  Kacau hingga sebati. Angkat dan ketepikan. Gunakan sudu untuk membuat lubang di tengah-tengah roti.

Kemudian masukkan inti yang telah dimasak tadi ke dalam tengah roti (boleh rujuk gambar). Setelah itu tabur cheese dn hirisan cili beggala.

Setelah itu,  bakar di dalam oven mengikuti suhu kesesuaian oven masing-masing.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa