Pizza Cup Tak Guna Oven. Sedap, 7 Minit Je Dah Masak

Share

Pizza Cup ni nampak sedap kan? Sesuai anda sajikan buat anak-anak. Di musim cuti persekolahan tentunya waktu yang sibuk bagi ibu-ibu. Mana tidaknya, anak-anak di rumah asyik minta makan. Salah satu menu yang paling mudah untuk dihasilkan adalah menu olahan dari roti. Sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.

Salah satu yang boleh dicuba ialah Pizza Cup perkongsian saudari Siti Misyati ni. Sangat mudah. Bakar pun guna air fryer

je. Namun jika tiada air fryer, boleh je guna ketuhar. Selamat mencuba!

 

RESIPI PIZZA CUP MASAK GUNA AIR FRYER

BAHAN-BAHAN:

  • Roti – potong kiub (beli online DISINI)
  • Jejari ketam – boleh ganti dengan sosej (beli online DISINI)
  • Bunga kubis secukupnya – boleh juga gantikan dengan sayur lain
  • Bawang merah secukupnya – hiris (beli online DISINI)
  • 2 biji telur
  • Mayones secukupnya (beli online DISINI)
  • Serbuk lada hitam secukupnya (beli online DISINI)
  • Garam secukup rasa (beli online DISINI)

CARA MEMASAK:

1. Ambil roti dan dan potong kiub. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Gaul sebati.

3. Gaul hingga semua bahan bersalut seperti ini.

4. Sudukan campuran roti ke dalam cawan kertas. Boleh juga guna acuan yang bersesuaian. Tabur keju jika suka.

5. Susun dalam air fryer dan bakar pada suhu 160C selama 7 minit. (dapatkan AIR FRYER murah secara online DISINI)

6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Misyati

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur