Pizza Hawaian Chicken homemade resipi perkongsian saudari Aishah Mohamed ni nampak sangat sedap. Hanya guna kepingan wrap dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga sebagai sajian makan malam. Malah boleh juga dijadikan sajian sarapan. minum petang, atau bila-bila masa yang sesuai. Paling penting sangat mudah. Campak-campak sahaja bahannya, 30 minit dah boleh makan. Jom cuba!
RESIPI PIZZA HAWAIAN CHICKEN SEDAP BOLEH MASAK SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 keping roti rolls up wraps Gardenia atau sebarang jenama
1 ketul dada ayam – potong dadu
Pizza topping grated cheese
Bawang holland – potong dadu – beli online disini
1/2 biji cili benggala – potong dadu
Nanas secukupnya – potong dadu
5 sudu makan tomato puri – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
Maggi cukup rasa secukupnya
2 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Potong dada ayam dan 1/2 biji bawang holland menjadi saiz dadu. Kemudian cuci dan gaulkan dengan sedikit maggi cukup rasa dan minyak zaitun.
2.Goreng dalam kuali sehingga ayam dan bawang masak. Tidak perlu sampai garing.
3. Ambil kepingan roti roll up wrap kemudian layurkan seketika di dalam kuali.
4. Campurkan tomato puri bersama sos cili. Gaul rata.
5. Sapu campuran tomato puri dan sos cili diatas setiap keping roti wraps yang telah dilayurkan tadi.
6. Letak campuran isi ayam dan bawang yang telah digoreng tadi diatas wraps dan letak topping cili benggala, nanas serta keju dengan secukupnya.
7. Bakar dalam ketuhar mengguakan api atas selama 15 minit pada suhu 180C.
8. Pizza Hawaian Chicken homemade sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aishah Mohamed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official