Kalau rumah takde oven atau pun oven rosak, boleh aje masak pizza. Gunakan kuali. Lepas masak doh,susun topping boleh tabur apa sahaja ayam, daging, sayur, seafood tapi semua itu kena dimasak dahulu.
Naik cairkan keju mesti kena letak penutup, api kena perlahan aje. Tiga hingga empat minit dah okay sebab bahan-bahan topping tu dah siap siap masak tadi kan.
Yg dah siap masak tu boleh lah tabur oregano, memang sedap melampaulah.Seratus peratus masak atas api dapur gas aje, jom semak resipi yang dihasilkan oleh Murni Ahmad ni.
PIZZA TANPA OVEN
BAHAN-BAHAN :
.
Bahan doh pizza :
1kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 paket mauripan @ yis kering
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan gula
Secubit garam
* Uli bahan di atas sekurangnya 5 minit
Bahan topping :
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/kejuseafood
Bahan sos :
Ads
3 ulas bwg putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecik mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato
CARA MEMASAK :
Penyediaan topping : 1. Tumis bawang holland dan bawang, bila dah wangi bahan basah yg lain. Contoh ayam,hotdog n cendawan dan pelbagai lagi.
2. Tumis sampai masak ye,perasakan dgn garam dan lada hitam. Ketepikan.
Cara penyediaan doh : 1. Gaul tepung dgn minyak. 2. Tambah air. uli tepung sekurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam. *sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
.
3. Selepas satu jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
Ads
.
4. Bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
.
5. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
.
6. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik,masak je doh tu atas kuali 7. Kalau suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sebelum isi topping. 8. Kalau suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak. 9..Susun siap-siap atas kuali sebab tak perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak. Sapukan sos dahulu baru susun topping.
Ads
.
10. Keju tu ambik masa 3-4 minit untuk cair .
Cara penyediaan sos : 1. Potong halus bawang putih dan tumis smpai naik bau.. 2. Masuk bawang dan tomato yg dikisar. 3. Masak sampai pecah minyak. 4. Masukkan tomato puree 5. Tambah mix herbs dan kiub ayam 6. Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam
.
*nak cepat buat guna roti nan/arab.. *resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau..
Nasi lemak bila dimakan dengan sambal memang sedap. Dapat pula nasi yang lemak mewangi rasanya. Hah nak buat yang rasa sebegitu boleh ikut resipi ini. Menurut pemilik resipi, cara masak nasi lemak ini dipelajari dari ayahnya sebab dia berniaga di kantin sekolah. Tambahnya nasi lemak ayah paling sedap kata cikgu-cikgu di situ situ, wangi sekata.
Cara Buat Nasi Lemak Wangi
Bahan-bahan:
3 cupak beras Halia tumbuk 5 helai daun pandan-gunting pendek-pendek 1 kotan santan Garam 3 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1.Ini cara saya sukat beras.Air akan ikut paras beras. Macam masak nasi putih.
2.Beras saya paras ni.
3.Kemudian letak beras yang dah basuh tadi dalam bekas lain atau tapis,periuk nasi tadi isi air untuk masak nasi.Air ni pun ikut paras beras tadi.
4.Masukkan santan satu kotak. Pakai kotak yang kecil sahaja pun dah terasa lemak-lemak.
5.Jangan bazirkan santan yang dalam kotak,masukkan sedikit air dalam periuk tadi,goncang-goncang tuang balik air lebihan dalam kotak tu.
6.Masukkan halia.
7.Masukkan daun pandan.
8.Masukkan garam.
9.Masukkan minyak masak.Minyak masak ni supaya nasi lemak yang dah masak tu nanti cantik sebiji sebiji, tidaklah lembik.
10.Beginilah rupanya nanti.Dah siap terus letak dekat tempat masak nasi.Terus tekan macam biasa masak nasi. ***beras jangan masuk dulu. *** function buat begini,bila dah menggelegak air santan + daun pandan ni,maka wangilah nasi lemak tu nanti. Sila tengok selalu periuk nasi bila dah tekan.Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah tak cantik nasi tu nanti.
11.Bila menggelegak,boleh masukkan beras yang ditapis tadi.
12.Masukkan semua beras. Kemudian dalam 5 minit / 6minit sekali sila kacau atau godak-godak supaya semua nasi sekata dengan santan.
Ada yang teringin asam pedas untuk menu tengah hari ni? Biasanya asam pedas ikan jadi rebutan , jadi hari ni kita buat menggunakan ayam.
Senang je resipi ayam asam pedas johor ni. Ni resipi yang dikongsi oleh @ashhryyyyy. Menurutnya ini antara lauk favourite yang sering dimasaknya.
Asam Pedas Ayam Johor
Bahan-bahan:
Ayam
Bunga kantan
3 batang serai- dititik
Bendi
Daun kesom
338c5666-1c9e-4210-8e03-089bc8bc9f2b.
Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Belacan
Cili kering
Lada hitam
gula dan garam secukup rasa
pes asam jawa
Cara memasak:
1.Tumis bahan-bahan kisar & serai sehingga naik bau atau pecah minyak.
d9eee659-f29d-4962-a12c-a8bf9e91a40a.
2925d183-de6e-497b-8abb-aacc932b07be.
b85b6017-d88d-4710-89bd-06c9ca0355c6.
2.Selepas itu masukkan ayam & lada hitam yang telah ditumbuk, jika pekat masukkan air sedikit.
3.Selepas itu masukkan bunga kantan & bahan perasa seperti garam, gula, stok ayam & pes asam jawa. Kemasaman mengikut tekak masing-masing.
9e654af0-d4e6-48e2-bd3e-0b5e95c87608.
4.Lepas tu baru masukkan bendi biar sampai bendi masak dan akhir sekalu masukan daum kesom untuk menaikkan lagi bau asam pedas lepas tu siap.
Bagi peminat mi kari, tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan Mi Kari Chinese Style ini. Nampak pun sedap, apatah lagi saat menikmatinya.
Kuahnya sederhana, tidak pekat dan tidak cair. Inilah antara salah satu faktor membuatkan mi kari ini menjadi kesukaan ramai.
Kali ini, ikuti perkongsian resipi Mi Kari Chinese Style yang diolah sendiri oleh Suriani Mohd. Memang nampak sedap dan menyelerakan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.