Pizza Mini Burger Cheese Leleh, Bekal Sekolah Gerenti Sedap

Share

Ibu-ibu… kalau dah kreatif tu, buat pizza guna roti burger pun boleh menjadi. Memang sedap dan anak-anak pun suka. Saiznya pun tak besar. Jadi, mudah untuk anak-anak pegang dan makan. Paling penting mengenyangkan.

Jom cuba resipi kreatif daripada Zaiyurah Mohd Radi. Bahan pun tak renyah. Mudah disediakan awal pagi.

Anak pun gembira dapat makan air tangan ibu. Lagi-lagi keju yang meleleh tu. Kanak-kanak memang suka dapat makan keju.

BAHAN-BAHAN:

Roti burger (10 biji belah 2)

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

3 ulas bawang putih (dipotong dadu)

2 batang lobak merah (dipotong dadu) – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 pek sosej – Boleh beli online di sini

1 tin kecil puri tomato – Boleh beli online di sini

3 batang daun sup (dihiris)

3 sudu sos cili

Mayones – Boleh beli online di sini

Keju Mozzarella

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air untuk cepat lembutkan lobak merah.

Masukkan daun sup. Setelah naik aroma daun sup, masukkan pula puri tomato dan sos cili. Perasakan pula dengan garam secukupnya.

Susun roti pada dulang pembakar.

Letakkan sos sama rata. Jangan membukit, nanti melimpah pula. Adunan macam ni boleh dapat 14 biji ngam-ngam. Jangan kedekut nak letak. Memang cukup.

Susun lapisan sosej tadi. Potong serong macam ni lebih nampak cantik dan penuh. Bila gigit makan akan terasa sosejnya.

Letak sedikit sos cili buat tambah rasa. Jangan isi banyak sangat, nanti meleleh masa nak gigit makan. Sebab sos cili bersifat cair.

Letak mayones lebih sikit pun tak apa sebab nanti bila bakar, mayones ni akan bertukar agak keras sikit ala cheese. Rasa pun berlemak sedap.

Kemudian, tabur keju mozzarella. Buat sendiri tak kedekut. Puas makan. Boleh bubuh habis satu paket, nanti boleh tarik panjang masa gigit.

Tapi, tabur jangan lebih daripada roti. Nanti masa bakar, cheese akan cair dan akan mengeras semula masa sejuk. Tapi, tetap sedap sebab cheese kan. Memang puas makan.

Dah siap, tabur macam ni susunan piza mini.

Panaskan dulu oven selama 10 minit. Masukkan dalam loyang dan terus bakar 14 ketul roti burger ni sekali gus.

Bakar suhu 160C selama 20 minit insya-Allah cukup masak.

Dah siap bakar. Nampak tu, meleleh-leleh mozzarella tu kan. Buka je pintu oven, harum bau satu rumah.

Dah siap! Saya masukkan dalam kotak je bagi anak bawa bekal ke sekolah. Tak isi dalam bekas bekal besar. Habis makan dengan kawan-kawan, boleh terus buang kotaknya. Mudah macam ni.

Kalau buat jamuan pun senang sangat nak buat. Boleh cari roti burger yang kecil sikit kalau nak kuantiti lebih. Selamat mencuba.

Kredit: Zaiyurah Mohd Radi

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN