Kalau rumah takde oven atau pun oven rosak, boleh aje masak pizza. Gunakan kuali. Lepas masak doh,susun topping boleh tabur apa sahaja ayam, daging, sayur, seafood tapi semua itu kena dimasak dahulu.
Naik cairkan keju mesti kena letak penutup, api kena perlahan aje. Tiga hingga empat minit dah okay sebab bahan-bahan topping tu dah siap siap masak tadi kan.
Yg dah siap masak tu boleh lah tabur oregano, memang sedap melampaulah.Seratus peratus masak atas api dapur gas aje, jom semak resipi yang dihasilkan oleh Murni Ahmad ni.
PIZZA TANPA OVEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pizza :
1kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 paket mauripan @ yis kering
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan gula
Secubit garam
* Uli bahan di atas sekurangnya 5 minit
Bahan topping :
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/kejuseafood
Bahan sos :
3 ulas bwg putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecik mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato
CARA MEMASAK :
Penyediaan topping :
1. Tumis bawang holland dan bawang, bila dah wangi bahan basah yg lain. Contoh ayam,hotdog n cendawan dan pelbagai lagi.
2. Tumis sampai masak ye,perasakan dgn garam dan lada hitam. Ketepikan.
Cara penyediaan doh :
1. Gaul tepung dgn minyak.
2. Tambah air. uli tepung sekurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
2. Selepas satu jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3. Bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik,masak je doh tu atas kuali
6. Kalau suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping.
7. Kalau suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.
8.Susun siap-siap atas kuali sebab tak perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak. Sapukan sos dahulu baru susun topping.
9. Keju tu ambik masa 3-4 minit untuk cair .
Cara penyediaan sos :
1. Potong halus bawang putih dan tumis smpai naik bau..
2. Masuk bawang dan tomato yg dikisar.
3. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan tomato puree
5. Tambah mix herbs dan kiub ayam
6. Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam
*nak cepat buat guna roti nan/arab..
*resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau..
Kredit : Murni Rahmat