Siapa sangka, tanpa sebarang minat dan ilmu membuat roti suatu ketika dulu, kini ibu anak lima ini telah boleh jana pendapatan dengan menjual roti. Semuanya selepas dia bertindak menyertai kelas membuat roti secara jarak jauh dengan yuran hanya RM10.

“Saya join kelas PJJ buat roti tu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bosan kan terkurung di rumah. Anak-anak pula jenis suka makan. Nak beli, susah keluar masuk rumah. Jadi saya join kelas buat roti dan minta suami belikan bahan-bahan. Saya buat sendiri,” kata Mashitah Yusof.

Bukan terus elok kejadian roti-roti yang dibuatnya. Memang banyak yang tidak menjadi namun masih boleh dimakan. Walaupun kurang menjadi ketika awal-awal pembuatan, rotinya tetap habis dimakan oleh lima anak.

PKP Punya Pasal, Ibu Anak 5 Ini Jadi Baker Selepas Setahun Belajar Buat Roti Secara PJJ
Anak sedang membesar dan suka makan roti membuatkan ibu ini lebih bersemangat untuk buat roti sendiri.

“Biasalah budak-budak. Makan berebut-rebut walau roti mak mereka buat tak berapa jadi. Ini semua jadi pendorong untuk saya terus belajar buat roti yang sedap dan saya pelbagaikan jenisnya,” kata Mashitah lagi.

BUN KASTARD ALA KOREA PALING LARIS

Hasilnya, kini Mashitah berani untuk membuat roti yang lebih susah dan mengambil pesanan daripada orang ramai. Menurut Mashitah, Bun Kastard Ala Korea paling laris dan mendapat sambutan. Harga jualan adalah RM10 sekotak yang mengandungi 15 biji bun. Sangat berbaloi.

PKP Punya Pasal, Ibu Anak 5 Ini Jadi Baker Selepas Setahun Belajar Buat Roti Secara PJJ
Ini contoh 15 biji bun dalam satu kotak yang dijual pada harga RM10.

“Saya gembira dengan kemahiran membuat roti yang saya miliki sekarang. Dengan anak yang ramai, memang lebih jimat kalau buat sendiri roti-roti tu. Selain itu, membuat roti ni saya jadikan sebagai terapi selepas penat bekerja,” kata Mashitah yang juga seorang pensyarah di politeknik.

Mashitah berkongsi 3 resipi roti iaitu Cinnamon Rolls, Bun Kastard Ala Korea dan Apam Tokyo yang selalu dibuat untuk seisi keluarga.

CINNAMON ROLLS

PKP Punya Pasal, Ibu Anak 5 Ini Jadi Baker Selepas Setahun Belajar Buat Roti Secara PJJ

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAN DOH
500 gram tepung gandum / tepung roti
11 gram yis (1 peket)
2 sudu besar susu pekat manis / gula kastor
1 cawan susu suam / air biasa
2 sudu besar marjerin

CARA MEMBUAT DOH
1) Masukkan tepung gandum, yis dan gula kastor. Gaul rata.
2) Masukkan susu suam.
3) Masukkan marjerin.
3) Gaul sehingga menjadi doh.

BAHAN INTI CINNAMON
1) Mentega (untuk sapuan)
2) 1 1/2 sudu besar serbuk cinnamon
3) 1 cawan gula perang

CARA MEMASAK CINNAMON ROLLS
1) Gunakan penggiling. Giling doh menjadi bentuk segi empat.
2) Sapukan mentega di atas doh yang telah digiling.
3) Kemudian, campurkan serbuk cinnamon dan gula perang dalam bekas. Kemudian taburkan di atas sapuan mentega.
4) Gulung doh kemas-kemas.
5) Potong membulat doh tadi dan susun di atas dulang pembakar.
6) Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit.

BUN KASTARD ALA KOREA

PKP Punya Pasal, Ibu Anak 5 Ini Jadi Baker Selepas Setahun Belajar Buat Roti Secara PJJ

BAHAN DOH
1 cawan susu suam / air biasa
2 sudu besar susu pekat manis / gula kastor
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
11 gram yis (1 peket)
500 gram tepung gandum / tepung roti
75 gram marjerin

CARA MEMBUAT
1) Campur semua bahan dalam bekas.
2) Uli sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan.
3) Di dalam mangkuk kertas, letakkan doh yang telag dibulat-bulatkan.
4) Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit.

BAHAN INTI KASTARD
1½ cawan susu full cream
2 biji telur gred A
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 ½ sudu marjerin

CARA MEMBUAT INTI KASTARD
1) Satukan susu full cream, telur ayam, gula pasir, garam, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
2) Tapiskan bahan tadi.
3) Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanila dan marjerin.
5) Kacau seketika dan matikan api.

CARA PENYEDIAAN BUN KASTARD ALA KOREA
1) Doh yang telah siap dibakar, dibiarkan sejuk seketika.
2) Gunting bahagian atasnya sedikit untuk dipaipkan inti kastard.
3) Ulang sehingga habis semua doh dan inti kastard.

APAM TOKYO

PKP Punya Pasal, Ibu Anak 5 Ini Jadi Baker Selepas Setahun Belajar Buat Roti Secara PJJ

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

BAHAN KULIT APAM
2 cawan tepung gandum
2 ½ cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
1 biji telur

CARA MEMBUAT KULIT APAM
1) Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul sebati dan tapiskan.
2) Ambil sesenduk. Masak atas api perlahan seperti memasak pancake.
3) Ulang sehingga habis.

INTI KASTARD
1 ½ cawan susu full cream
2 biji telur ayam gred A
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
1 ½ sudu marjerin

CARA MEMBUAT INTI KASTARD
1) Satukan susu full cream, telur ayam, gula pasir, garam, tepung jagung, tepung kastard. Kacau sehingga sebati.
2) Tapiskan bahan tadi.
3) Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanila dan marjerin.
5) Kacau seketika dan matikan api.

CARA PENYEDIAAN APAM TOKYO
1) Ambil sekeping kulit apam.
2) Letakkan inti kastard dan bentukkan.
3) Sedia dihidang.

Sumber: Mashitah Yusof

Anda mesti suka entri yang ini juga.

SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/

KARIPAP REMPAH GILING FREE UNTUK IBU HAMIL
https://www.rasa.my/bos-sendiri-turun-padang-pemilik-karipap-rempah-giling-buktikan-jual-rm2-50-sebiji-tetap-diserbu-pembeli/

LELAKI OKU INI JUMPA APA DALAM SEMAK?
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI