Daun basil atau turut dikenali sebagai daun selasih, adalah tanaman herba yang banyak memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh manusia.
Walaupun digunakan dalam masakan, daun ini tergolong dalam tanaman rempah yang tergolong satu keluarga dengan daun kemangi dan daun mint.
Jika ingin menanam daun basil sendiri di rumah, anda boleh gunakan petua ini yang dikongsi oleh Sandi Ezell Blackmer dengan hanya menggunakan air kulit pisang sahaja. Memang menjadi dan pokok hidup rimbun subur.
Ads
Caranya:
Ambil kulit pisang dan direndam semalaman dengan satu gelen air. Kemudian, siram tanaman basil anda dengan air tersebut. Air kulit pisang sangat berkhasiat untuk tanaman kerana ia mengandungi kandungan potassium, kalsium, magnesium, sulfur, fosphat dan sodium.
Kesemua bahan ini amat penting dalam kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar dan menggalakkan penghasilan yang lebih baik.
Apa yang lebih penting, air kulit pisang ini tidak terhad kepada tanaman basil sahaja tetapi juga untuk tanaman lain termasuk sayuran seperti tomato dan juga pokok bunga. Ini kerana kulit pisang menjadi bahan alternatif sebagai baja organic yang murah dan senang diperoleh.
Kalau anda tidak sempat untuk merendam kulit pisang, anda boleh juga tanam kulit pisang di tanah berhampiran tanaman. Biarkan kulit pisang terurai sendiri dan menjadi baja kepada tanaman anda.
Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek elektrik ( berbadan plastik) yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat air yang tidak menyenangkan. Walaupun dibasuh menggunakan span, kesan tersebut masih ada dan tidak bersih sepenuhnya.
Ada petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tanpa bahan peluntur kimia berbahaya. Anda hanya memerlukan:
CARA BERSIH KESAN KARAT AIR PADA CEREK
BAHAN-BAHAN:
Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
Cuka makan – jumlahnya 2/3 jumlah air
CARA-CARA:
1. Campurkan air bersama cuka. Kacau sebati.
2. Masukkan air yang dicampur dengan cuka tadi ke dalam cerek elektrik, didihkan dan biarkan semalaman.
3. Selepas itu, basuh dan sental guna span lembut di bahagian yang ada karat air.
4. Bilas menggunakan air bersihdan keringkan. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih dari biasa.
ATAU anda juga boleh gunakan buah lemon! Caranya sama seperti yang menggunakan cuka tadi.
BAHAN-BAHAN:
Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
1 biji lemon – hiris
CARA-CARA:
Isikan air ke dalam cerek dan masukkan buah lemon.
Didihkan air seperti masak air biasa. Kemudian rebusan air bersama lemon selama semalaman atau beberapa jam.
Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.
Hasilnya cerek anda lebih bersih berbanding sebelum.
Ikan Salmon kaya dengan Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan. Kini semakin ramai orang menggemari menu salmon yang sedap dan dianggap mewah ini. Kepada anda yang ingin membeli dan memasak salmon secara homemade, jangan risau berikut RASA kongsikan beberapa tip mudah membeli dan cara memasaknya sekali supaya segala kebaikan Omega-3 boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
Pilih Salmon Segar
Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.
Tambah Rempah Ratus Sebagai Penambah Rasa.
Tidak kira kukus atau panggang, sebaiknya gaulkan dengan sedikit garam, lada hitam dan rempah ratus atau sos sebelum dipanggang, digoreng atau dikukus. Isi salmon juga enak dihidangkan bersama pasta,campuran dalam salad atau dijadikan inti untuk sandwich.
Masak hanya 6-8 Minit.
Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, tujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah menggelegak.
Frozenkan Jika Belum Sedia Digunakan.
Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan di dalam freezer, kemudian letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesegaran ikan salmon.
Ketam antara haiwan laut yang agak mahal harganya. Nak tahu tip macam mana nak pilih ketam yang isinya banyak dan penuh dengan telur, ikuti perkongsian daripada Siti Aminah Yousoff ini. Baru berbaloi beli mahal-mahal kan?
Tengok dari gambar yang dikongsikan memang banyak isi dan penuh telur ketam yang dipilih. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang lain bila nak beli ketam nanti.
Tip Pilih Ketam Isi Padu Dan Banyak Telur
semasa memilih ketam, pastikan ketam yg kita pilih tu berat, kecik x pe yg penting berat
Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina.
Lihat tempat bertanda tu..pastikan tempat tu berwarna kuning atau warna ke oren sedikit.
saya beli 4 ekor ketam tadi.. Nampak tak telur ketam tu.. Memang tak mengecewakan.. tak sabar nak masak
Setelah dicuci dan dibersihkan, inilah hasil nya.. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak
Ini lah hasilnya, 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya.. Kalau rasa tips saya berguna , boleh la try nanti.. Alhamdulillah
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira