Daun basil atau turut dikenali sebagai daun selasih, adalah tanaman herba yang banyak memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh manusia.
Walaupun digunakan dalam masakan, daun ini tergolong dalam tanaman rempah yang tergolong satu keluarga dengan daun kemangi dan daun mint.
Jika ingin menanam daun basil sendiri di rumah, anda boleh gunakan petua ini yang dikongsi oleh Sandi Ezell Blackmer dengan hanya menggunakan air kulit pisang sahaja. Memang menjadi dan pokok hidup rimbun subur.
Caranya:
Ambil kulit pisang dan direndam semalaman dengan satu gelen air. Kemudian, siram tanaman basil anda dengan air tersebut. Air kulit pisang sangat berkhasiat untuk tanaman kerana ia mengandungi kandungan potassium, kalsium, magnesium, sulfur, fosphat dan sodium.
Kesemua bahan ini amat penting dalam kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar dan menggalakkan penghasilan yang lebih baik.
Apa yang lebih penting, air kulit pisang ini tidak terhad kepada tanaman basil sahaja tetapi juga untuk tanaman lain termasuk sayuran seperti tomato dan juga pokok bunga. Ini kerana kulit pisang menjadi bahan alternatif sebagai baja organic yang murah dan senang diperoleh.
Kalau anda tidak sempat untuk merendam kulit pisang, anda boleh juga tanam kulit pisang di tanah berhampiran tanaman. Biarkan kulit pisang terurai sendiri dan menjadi baja kepada tanaman anda.
Kredit: Sandi Ezell Blackmer
Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!
Nak kongsi tips masakan anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: