Popia Carbonara Kudapan Ringkas & Mudah Buat

Share

Menu petang nanti nak buat kudapan yang rangup dan gerenti tak henti makan. Popia carbonara ni sedap dimakan panas-panas bersama hidangan teh.Bahan-bahan membuatnya juga mudah.

Popia Carbonara

Bahan-bahan:

Kulit popia-beli online di sini

1 tin carbonara

Lobak merah (dihiris)

Hotdog (3 keping)

Keju cheddar (2 keping)

1 sudu serbuk lada hitam-beli online di sini

Garam

Isi ayam (potong dadu)

1 biji bawang Holland-beli online di sini

Cara memasak:

  1. Letak minyak sikit kemudian tumis bawang Holland. Masukkan hotdog, ayam dan carbonara. Kacau hingga sebati.

  1. Masukkan lobak merah, serbuk lada hitam, keju dan garam.

  1. Kemudian gulung dengan kulit popia dan goreng macam biasa.

  1. Boleh juga frozen.

Kredit : Ckfaa Adam

Klik sini

Published by
Putri