Minum petang nanti hidanglah kuih muih yang menjadi kegemaran ramai. Dah lama tak buat popia. Tapi kali ini kita nak buat popia carbonara, pasti anak-anak pun suka. Selongkar peti ais, ada bahan-bahan, jadi kita pun masaklah. Mudah sangat buatnya. Sedap betul makan panas-panas. Sosej lada hitam tu pula beri sengatan pada lidah. Ngam.Nak lagi sedap? Baki-baki sos Prego tadi, tuang atas popia ni. Tak payah cicah sos cili.
Popia Carbonara
Bahan-bahan:
(untuk 5-6 orang)
1 tin Prego Carbonara cendawan
2 batang sosej lada hitam
2 senduk sayuran campur
2 keping keju
30 keping kulit popia
Cara membuat:
Ads
1.Sosej dipotong dadu, campur dengan sayur. Kalau tak ada sosej, nak ganti dengan isi ayam, udang atau crab stick pun boleh.
2.Tuang Sos Prego Carbonara Cendawan. Gaul rata.
3.Masukkan keju. Cincang keju masukkan dalam campuran bahan inti ni. Nak sedap gunakan mozarella, nanti bila makan dia bertali-tali. Kali ni, saya guna keju cadar je ni.
4.Ambil 1 sudu besar inti, letak atas kulit popia. Gulung.
5.Kalau ikut sukatan yang saya beri, anda akan dapat 30 batang popia. Dalam gambar ni, saya baru siap 50%.
6.OK, popia ini bolehlah digoreng.
7.Dah siap. Senang. Isi tak payah masak dulu. Campur, gulung, goreng. Luar dia rangup, dalam dia lemak berkrim. Budak-budak suka. Terutamanya jika mereka tak suka pedas.
Hidangan sihat yang menggunakan dua jenis tauhu iaitu tauhu biasa dan tauhu telur. Tauhu biasa diperbuat daripada kacang soya manakala tauhu telur mengandungi campuran kacang soya dan telur.
TAUHU BERLAUK
Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan Tauhu Berlauk:
BAHAN KISAR HALUS:
2 ketul isi ayam
4 keping tauhu
2 biji tauhu
2 paket tauhu telur
BAHAN HIRIS:
2 tangkai daun bawang
1/2 batang lobak merah
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar isi ayam, tauhu dan tauhu telur hingga halus. Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang dan garam.
2. Masukkan adunan tauhu tadi ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Setelah siap dikukus, sejukkan tauhu. Potong mengikut saiz yang anda suka.
4. Pecahkan telur dan pukul. Celup kepingan tauhu tadi ke dalam bancuhan telur dan goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
Ni ada resipi istimewa pai cendawan berinti ayam yang sedapnya ya amat. Mudah aje buat dia tak payah buat kulit pastry pun.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Wawa’s Kitchen yang mudah dibuat ni.Tapi boleh jadi kudapan dan sarapan yang mengenyangkan. Anak anak mesti suka.
BAKED CHICKEN MUSHROOM PIE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit pai :
Roto paratha | lembutkan dan belah kepada 4 bahagian
Bahan inti :
Setengah biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Cendawan butang | potong dadu
Isi ayam cincang @ potong dadu..| boleh digantikan daging
Sos tiram
Serbuk lada hitam
1 sudu kecil tepung gandum
Cara membuat inti :
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
Masukan ayam dan biar masak sekejap
Kemudian masukkan cendawan
3. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam..tambah sedikit air
4. Kacau dan masak sehingga pekat, akhir sekali baru masukkan 1 sudu kecil tepung gandum.
5. Sejukkan
Cara membuat pai :
Panaskan oven sebelum membakar
2. Ambil roti paratha yang sudah dipotong 4 tadi, ambil 1 bahagian
3. Letakkan inti dan cantumkan macam buat karipap. Tekan tepi roti dengan garfu
4. Sapukan permukaan puff dengan kuning telur dan bakar di dalam oven.
Nak cepat buat wantan goreng ni, beli kulit wantan yang dah siap kat pasaraya tu.Tengok dan semak tanda halalnya. Nak lipat wantan ni memanglah standardnya bentuk bunjut, tapi kalau rasa tak pandai bentukkan cara ini boleh aje lipat ikut cara lain ikut kreativiti masing-masing.
Janji intinya kena sedap, yang min nak kongsikan ini resipi wantan intinya isi ketam yang super senang memasaknya. Kalau nak letak inti ayam atau lain-lain pun sedap jugak. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Yan Diana ni.
WANTAN GORENG ISI KETAM
.
BAHAN- BAHAN :
Bahan inti :
.
1 pek isi ketam / crabstick – potong kecil-kecil
kulit wantan segera secukupnya
1 batang lobak merah – potong dadu atau parut
5-6 helai daun bawang – hiris halus
Nak letak sayur apa pun boleh ikut suka. Empunya resipi letak lobak merah dan daung bawang aje.
Serbuk lada sulah secukup rasa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1.Tumis semua bahan inti ni sampai lembut. Perasakan dengan garam & serbuk lada sulah. 2. Akhir sekali baru masukkan telur. Tak payah sampai masak sangat telurnya. Sejukkan.
3. Letak inti atas wantan tu lepas tu lipatlah ikut suka. Agak-agak tak terkeluar isi time goreng kang kira oklah tu.
.
4.. Kalau pandai buatlah bunjut tu
.
.
5. Dah siap lipat semua goreng cara deep-fry.
Kredit : Yan Diana
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira