Popia Carbonara Resipi Garing & Inti Berkrim. Memang Sedaplah

Share

Sos Carbonara memang sedap dicampur dalam ramuan inti popia. Nak-nak pula ada isi ketam, ayam, cendawan, lobak merah dan yang penting sos Carbonara (tak kisahlah apa-apa brand, tapi empunya resipi guna sos prego yang dalam tin tu.

Kalau nak molek rupa popia tu jangan lah goreng api kuat sangat, sederhana aje. Jom kita tengok resipi perkongsian Ida Zaida

ni dengan resipinya popia karbonara.

POPIA CARBONARA



BAHAN-BAHAN :

Bahan inti:

  • 2 biji bawang putih
  • 3biji bawang merah
  • 1paket isi ketam
  • 1tin cendawan
  • 1cawan isi ayam
  • 1/2 carrot
  • 1botol sos Prego carbonara @ 2 tin sos Prego yg ni lagi sedap berbanding dlm botol
  • Garam,gula,perasa
  • 1sudu makan minyak masak


CARA MEMASAK :
1. Bahan-bahan tadi semua dipotong dadu
2. Tumis bawang putih.bwg merah dgn 1sudu minyak masak je.lepastu masukkan isi ayam,sos Prego,isi ketam, cendawan,carrot
3. Perasakan garam,gula,perasa, masak sampai pekat.. sejukkan dlm peti ais skjp barulah start menggulung
4. Sy guna popia brand kg


5. Ambil popia sehelai letakkan inti tp jgn letak banyak sgt.nt kulit popia basah akan jd cantik
6. Kemudian gulung kn..lepastu gam(guna bancuhan tepung gandum+sedikit air)di hujung popia bg melekat.


.

7. Lepastu goreng dlm minyak yg panas tp api mst slow..baru cantik bila goreng

kredit: ida zaida

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI: 

 

DAN JUGA RESIPI INI :

BOLEH JUGA CUBA RESIPI DARI VIDEO INI :

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib