Popia Goreng Bersira, ada yang panggil kuih ini popia goreng sambal ataupun popia goreng bercili merupakan makanan bergoreng kegemaran ramai. Sangat penting cara menyira sambal jika salah cara popia boleh menjadi lembik dan tidak rangup.

Popia Goreng Bersira Pedas Gerenti Rangup

POPIA GORENG BERSIRA
BAHAN-BAHAN:

  • 50keping kulit popia
  • 1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)

 

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 1/2 biji kobis (hiris nipis)
  • 3 batang lobak merah (sagat)
  • 4 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu )
  • Segenggam udang geragau (basuh dan toskan)
  • Sedikit isi ayam ( jika suka )
  • Sedikit garam

 

CARA-CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan 1/2 senduk minyak. Tumiskan bawang dan udang geragau.
  2. Masukkan isi ayam dan bila isi ayam sudah empuk masukkan pula semua sayuran.
  3. Selepas itu masukkan tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.
  4. Tutup api dan toskan untuk buang air dalam sayuran. Biarkan sejuk seketika.
  5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap.
  6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.

 

BAHAN SIRA:

IKLAN
  • 25 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
    (Kisar bahan di atas hingga betul-betul halus)
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2 senduk gula pasir
  • 1 1/2 senduk minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga betul-betul masak.
  2. Masukkan gula dan sos cili. Masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat
  3. Bila sudah nampak berbuih-buih. Masukkan popia dan kacau hingga rata.
  4. Pastikan sambal menyaluti semua popia. Terus tutup api dan letak dalam talam.
  5. Pastikan popia tidak bertindih atau bertindan supaya popia tetap ranggup. Sejukkan di bawah atau di depan kipas.

Info:

  1. Untuk kekalkan keranggupan boleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yang sudah siap disira. Ataupun letakkan bijan yang sudah disangai.
  2. Sos popia juga boleh disimpan dalam bekas bertutup jika tidak disira. Goreng popia hingga garing, toskan dan sapukan sahaja sos pada popia.
    dan taburkan bawang goreng.

Kredit: Mariana Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI