Popia Inti Blueberri, Senang Buat Ni!

Share

Macam-macam popia orang buat, semuanya sedap,  kali ini jom cuba buat popia  berinti Bluberi, mesti anak-anak suka. Ranggup digigit dan masam manis intinya memang sedap sangat ye.

POPIA BERINTI BLUBERI

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI:

  • 650gm buah bluberi segar
  • 55gm gula pasir
  • 1 ½ sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 60ml air
  • 2 sudu teh mentega sejuk, potong dadu
  • 225gm bluberri.

CARA MEMASAK:

  1. Satukan buah bluberi segar, gula, tepung jagung dan kulit kayu manis dalam periuk bersama air dengan api sederhana. Masak hingga gula larut dan adunan agak pekat (kira-kira 10-15 minit). Tutup api dan masukkan mentega dan baki bluberi. Gaul rata dan biarkan sejuk.
  2. Sapukan tepi setiap penjuru kulit popia dengan sedikit air dan letakkan dua sudu makan inti bluberi dan gulung membentuk menjadi popia. Ulangi langkah hingga selesai.
  3. Goreng hingga popia perang keemasan. Sedia dinikmati.

 

Published by
Norasida Myasin