Popia Pisang 3 Bahan, Pencuci Mulut Sangat Sedap Dan Mudah Buat

Share

Sebenarnya, banyak kegunaan kulit popia ini jika kita rajin mencipta resipi. Popia Pisang ini antara resipi mudah dan sedap, sesuai dijadikan minum petang.

Jom cuba buat popia pisang ini menerusi resipi yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati. Cuma guna tiga bahan sahaja, tetapi mampu menyediakan hidangan yang lazat. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN:

Pisang

Kulit popia – Boleh beli online di sini

Coklat / peanut butter / sos karamel – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Potongkan pisang mengikut saiz yang dikehendaki. 

Boleh potong kepada 6 bahagian seperti ini.

Letakkan pisang di atas kulit popia dan coklat di atas pisang.

Kemudian, gulungkan pisang dengan kulit popia dengan kemas.

Lekatkan hujung kulit popia dengan sedikit air.

Kemudian, bolehlah digoreng di dalam minyak yang sederhana banyak menggunakan api sederhana. Jika api kecil, akan menyebabkan kulit popia tersebut berminyak.

Hidangkan dengan menaburkan sedikit gula aising sebagai hiasan.

Selamat mencuba.

Kredit: Umie Nurhayati

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida