Kalau anda peminat pencuci mulut, Popia Pisang Coklat Keju ni wajib masuk senarai. Lapisan luar rangup, isi dalam lembut-manis, dan keju cair buatkan setiap gigitan rasa macam ‘dessert cafe’ mahal. Jom belajar cara buat sendiri di rumah!
POPIA PISANG COKLAT KEJU
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang berangan ( kukus )
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 sudu besar susu pekat manis
Kulit popia secukupnya
100g cream cheese
1 pek coklat bar – potong kecil
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Selalunya kita makan onde-onde tepung pulut atau dikenali juga sebagai Buah Melaka. Terbayang rasa rasa kenyal tepung pulut, manis gula Melaka dan lemak kelapa parut. Hemmmm sedapnya. Tapi kalau nak tau, keledek pun boleh buat Buah Melaka. Cara masa sama je, Cuma tepung pulut tukar dengan keledek. Lebih senang lagi, ikut je resipi yang RASA kongsikan ini.
ONDEH-ONDEH KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit dan kukus
1 cawan tepung | jika kurang tambah lagi
1 cawan kelapa parut | gaulkan bersama sedikit garam
Gula Melaka | potong dadu kecil
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur, kemudian tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.
Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.
Setelah timbul angkat dan gaulkan dengan kepala parut.
Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan atau dibawa sebagai bekal.
Dalam penghasilan karipap, doh adalah bahagian yang paling penting. Jika kulit karipap tersebut rangup, rapuh dan enak, memang sedaplah kuih tersebut. Tak puas makan! Jadi bagi anda yang nak belajar cara-cara buat kulit karipap yang kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil. Menurut beliau, karipap ini adalah antara yang menjadi kegemaran kawan-kawan serta pelanggan setia beliau. Wow, memang kena cuba!
CARA-CARA BUAT DOH KARIPAP RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak + 2 sudu makan planta (dipanaskan)
2 sudu makan air kapur
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu makan gula
350ml air sejuk (letak seketul ais)
Sedikit daun sup cincang (optional)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan daun sup cincang.
2. Kemudian masukkan minyak, planta yang dah dipanaskan dan air kapur.
3. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk. Setelah sedikit sejuk, barulah diramas dengan tangan hingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
4. Seterusnya masukkan air dan uli.
5. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas tepung dama 10-15 minit. Perap dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
6. Kemudian bolehlah dicanai dan diisi inti kegemaran masing-masing. Bentukkan seperti karipap dan goreng hingga masak.
Keluarlah macam-macam resipi baru, tapi kuih lama juga yang terasa sedap. Antaranya apam kampung ini, cicah dengan kelapa parut memang enak.
Apam kampung ini ada beberapa jenis tapi yang selalu kita makan apam pandan dan gula merah. Kalau rasa teringin nak makan boleh cuba buat sendiri ikut perkongsian Salmah Shahidan. Menariknya menggunakan resipi sama macam-macam jenis apam boleh dihasilkan.
Cara buat apam kampung, macam-macam jenis
Apam kampung cicah dengan kelapa parut, sesekali makan memang sedap. Dengan guna resipi yang sama kita buat pelbagai jenis apam sama ada apam ros, apam pandan, apam gula Melaka, apam biasa.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 paket (11 gm) mauripan dan 1 sudu kecil gula dibancuh dengan 1/2 cawan air (biar sampai yis kembang)
3/4 cawan gula putih (jika suka manis guna 1 cawan)
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit perwarna dan perisa
Kelapa parut putih
Cara membuat:
1. Rendam yis sehingga kembang dahulu baru masukkan semua bahan ke dalam bekas. Kacau hingga gula larut & sebati menggunakan whisk.
2. Kacau rata dan perap lebih kurang 1- 2 jam. Bancuhan akan naik sekali ganda atau dua kali ganda.
3. Sapu loyang 10 inci dengan minyak dahulu kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api besar untuk tempoh 1/2 jam atau 45 minit.
4. Untuk tentukan apam dah masak, boleh cucuk ngan lidi jika apam tak lekat bermakna dah masak. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Hidang dengan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.
Apam pandan – Jika nak perisa daun pandan kisar 7 – 10 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan pewarna hijau jika perlu.
Apam rose – Kalau nak buat apam rose, letak esen rose dalam 2 sudu kecil dan perwarna merah.
Apam gula merah – Untuk apam gula merah guna 1/2 cawan gula pasir dengan 1/2 cawan gula merah. Masak gula dengan 1 1/2 cawan air dan tapis.
Apam kuning dan ori – Jika nak buat apam kuning diraja tambah saja pewarna kuning. Untuk apam kampung ori tak perlu letak pewarna. Putih saja.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!