
Popia Roti Sedap & Rangup
Sedapnya popia roti! Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik — pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ini.
Bahan-Bahan Popia Roti
- 300gm isi ayam atau daging – cincang
- 1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
- 2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
- 1 biji cili merah – hiris
- Daun sup dan daun bawang – hiris
- Serbuk lada sulah, lada hitam, dan garam secukupnya
- Roti sandwic atau bun sosej
- 2-3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan mayones
- Kulit popia secukupnya
Cara Memasak Popia Roti
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, dan garam. Kacau hingga ayam separuh masak.
- Tambahkan cili merah, daun sup, dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak.
- Biarkan inti sejuk dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati.
- Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat dan potong dua.

- Balut potongan roti dengan kulit popia dan goreng hingga kulit keperangan. Angkat dan toskan minyak.

- Untuk versi lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.

Tip Tambahan Popia Roti
Untuk rasa lebih rangup, pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng popia roti. Anda juga boleh gunakan air fryer jika mahu versi lebih sihat. Simpan dalam bekas kedap udara jika ingin disejukbekukan.
Kredit resipi & foto: Nor Izan Mustapa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!














