Minum petang hari kita tekak terasa nak menjamah popia. Tapi bukan popia basah tetapi popia sira. Krup krap makannya disalut pula dengan sambal memang layan.Bahannya senang untuk disediakan, intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh guna inti sayur yang segar. Nak pakai isi udang, ayam atau daging pun boleh.Tak payah masukkan air dalam sambal sira untuk elakkan popia lembik.
POPIA SIRA CRUNCHY
Bahan-bahan: Kulit Popia secukupnya Sengkuang Lobak merah Isi ayam/udang/udang geragau 2 ulas bawang putih (cincang) Garam
Cara membuat: 1.Panaskan minyak tumis bawang putih 2.Masukkan ayam atau udang. 3.Masukkan sengkuang dan lobak merah (sekejap saja jangan lembik sangat) 4.Dah siap angkat dan masukkan dalam tapis supaya airnya tak ada masa kita gulungkan popia. 5.Biarkan sejuk sedikit baru gulung 6.Goreng hingga garing
Ads
Untuk sambal sira 1 mangkuk kecil cili kisar (cili kering ,3 ulas bawang putih,sedikit air) 2 sudu besar cili sos 1/2 cawan gula Sedikit garam Bijan Minyak untuk menumis
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, tumis cili hingga naik minyak. 2.Masukkan sos cili. 3.Masukkan gula dan garam. 4.Masak hingga pekat sedikit 5.Taburkan bijan. 6.Dah siap tutup api. 7.Tunggu hingga sambal sira sejuk baru gaulkan dengan popia.
Kalau mak masuk dapur masakan simple pun nampak sedap, macam ada magic air tangan mak ni. Kamu kalau nak makan lauk ni boleh cuba resipi langkah demi langkah cencaru sumbat mak. Mesti menjadi!
1. Tumiskan bawang putih dan halia. Saya kisar halus semua bahan ni.
2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan isi ayam dan daging. Kalau suka udang ke sotong ke boleh je bubuh. Semua pun sedap. 3. Masukkan air secukupnya. Saya bubuh air 2 liter untuk sebungkus mee kuning tu. Kalau suka kuah lebih boleh bubuh lebih ya.
4. Masukkan lobak merah, kalau tak ada tak pe. Saya masukkan juga sawi. Senang masak mee sup ni. Semua bahan boleh lebur saja. 5. Masukkan fish ball dan fish cake. Bila kuah dah menggelegak ganas, bubuh mee kuning yang dah dicuci dahulu.
Bila makan nasi dipadankan pula dengan hidangan kerabu, nikmat tidak terkata. Ia merupakan hidangan pembuka selera. Paduan rasa masam, manis dan pedas membuatkan ia istimewa. Malah sardin juga boleh diolah menjadi kerabu. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!
KERABU PERUT THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut lembu telah direbus
2 batang serai | mayang halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1/2 batang bunga kantan | mayang halus
1 biji buah tomato | potong kecil
10 biji cili padi | mayang halus
1 biji limau nipis | perah jusnya
Cuka secukup rasa
Sos ikan/sotong secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
Sekali lagi gaul rata.
Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
Bawang merah | dimayang halus
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi | dihiris
Serai | dihiris nipis
Daun ketumbar | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
3. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota:
Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Resipi perkongsian saudari Emma Suzaima
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
2. Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
3. Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
4. Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Resipi perkongsian saudari Hunny Wanny
KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS
BAHAN-BAHAN:
Buah limau nipis | di[potong kecil
Kicap sotong secukup rasa
Cili padi secukupnya | dihiris
Bawang merah (kecil) | dimayang halus
Kacang gajus
Madu
Gula secukup rasa
Udang kering | digoreng seketika
Sedikit jus limau nipis
( Jumlah bahan-bahan adalah mengikut citarasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)
CARA MENYEDIAKAN:
Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut citarasa anda.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!