Macam-macam versi sajian popia ni. Ada popia basah dan ada juga yang kering. Tapi versi popia sira sambal ni adalah antara popia yang cukup sedap dijadikan sajian sarapan dan petang, atau boleh aje dijadikan kudapan bila-bila aje.
Paling best dahlah intinya dari sayur dan udang geragau sedap, digaul pula dengan sambal.Jom cuba resipi yang dikongsikan Hazirah Zaihan ini. Dia mengikuti resipi asal dari Yatikitchen dengan anggaran agak-agak untuk bahan ramuannya.
POPIA SIRA SAMBAL
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan utk inti:
Ads
Sengkuang (sagat)
Lobak merah (sagat)
Taugeh(kalau suka)
2 sudu Udang geragau
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Bahan utk sambal:
5 ulas bawang putih (kisar halus)
5 sudu cili kisar
1 sudu biji bijan
Sos cili
5-7 sudu gula (ni sy agak2)
Bahan lain:
Kulit popia
Bawang goreng
CARA MEMASAK : Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepas itu tumis sekali dgn bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula .Goreng sekejap bagi sekata ttp api. Tos kan bagi keluar minyak dan air.
Ads
.
Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar .tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa(jgn masukkan air).kacau rata masukkan gula.
Tumis sampai berbuih letak bijan kacau2. Tutup api biarkan sejuk.
Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dgn minyak banyak api sederhana.jgn terlalu kuat. Siap goreng Sejukkan sebentar
.
4. Akhir sekali bolehlah gaul popia dgn sambal sira tadi,tabur bawang goreng siap utk dihidangkan
Ads
Kredit:hazirah zaihan
ANDA SUKA MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, INGIN MENCARI KEPERLUAN DAPUR DAN RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
Daging kisar atau cincang kalau ada banyak stok kat peti sejuk, memang terbaiklah. Macam -macam idea menu lazat boleh dibuat. Menu makanan jalanan @ street food orang Arab banyak menggunakan daging cincang/kisar dalam ramuannya. Jamu pada tetamu yang datang di musim raya, pun best nih.
Sedap berempah, aromanya pun boleh kecur air liur. Ni 5 resipi makanan gerai dan kudapan Arab paling laris dan paling meletop.
1. SHAWARMA DAGING
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk cili
2 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
1 biji tomato | dihiris
Sedikit daun salad | dihiris
2 biji jeruk timun
50 gm buah zaitun | dihiris
Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
2 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK : 1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili. 6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak. 7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah. 8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan Panggang Jenis masakan : Ala sandwic Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat dan cepat masak.
2. BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kambing kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
300 gm serbuk roti
2 ulas bawang merah| dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Bahan perapan :
Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA: 1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan perasa. 2. Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola. 3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja. 4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan. 5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Kebab Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat Anggaran kos :RM 35
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
3. MUTTABAQ
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
2 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
1 1/2 cawan marjerin
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK : Inti daging Mutabbaq 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat. Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq 1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq. 2. Uli doh itu tadi sehingga lembut. 3. Biarkan rehat seketika. 4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis. 5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi. 6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak. 7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan. 8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina Anggaran kos :RM 25
Info Chef :Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN : Bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya: 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi. 6. Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar. 7. Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
Info Chef: Samboosa sinonim dengan masyarakat kita, yang dikenali sebagai samosa. Selain daging lembu, ayam atau makanan laut juga boleh dijadikan inti.
5. KIBBEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk inti :
300 gm daging kisar (inti)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh serbuk kayu manis
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
3 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK : 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar 3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati. 5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi. 6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh. 7. Goreng sehingga warna bertukar coklat. 8. Angkat dan toskan. 9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup Anggaran kos :RM 20
Info Chef: Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.
Gulai ayam Minang antara lauk yang kita biasa kita ambil bila menjamu selera di restoren ini. Kuah lemak kuning yang pekat dengan aroma daun limau purut menjadikan ia cukup enak bila digaul dengan nasi.
Jika terasa ingin menikmatinya di rumah boleh juga buat sendiri, caranya dikongsi oleh Makcik Ratu.
Cara buat gulai ayam Minang
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong
2 batang serai diketuk
3 ruas jari lengkuas -diketuk
5 helai daun limau purut -diramas
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
2 biji kentang -dibelah
1 kotak kecul santan
Garam, serbuk perasa
Bahan kisar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah (ikut citarasa)
2 ruas jari halia
3 ruas jari kunyit hidup
3 biji buah keras – bakar atau sangai dulu
1 batang serai
Cara membuat
1. Ayam digaul dengan kunyit dipotong bakar dulu ayam sampai masak dalam airfryer.
2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi, kemudian masukkan lengkuas, serai yang diketuk, daun limau, daun kunyit, asam keeping dan kentang.
3. Bila kentang empuk masukkan ayam dan tambah santan. Gaul sebati.
4. Masukkan garam, dan serbuk perasa. Masak hingga gulai terbit minyak. Boleh juga masukkan tomato ceri.
Pernah cuba resipi Daging Singgang yang ditambah budu? Jika tak pernah, anda memang kena cuba. Sedap! Padanannya mudah sahaja. Nasi panas, singgang daging dan ulam-ulaman sahaja. Itu sudah boleh membuka selera. Cubalah! Anda pasti kagum dengan rasanya.
SINGGANG DAGING BUDU
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging | rebus hingga empuk
2 inci kunyit hidup | hiris nipis
2 inci lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
10 tangkai cili padi
1 biji bawang besar | belah enam
400ml air
1 biji tomato | belah empat
2 sudu makan budu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
Sedia dinikmati bersama nasi putih.
INFO CHEF: Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin. Andai kurang menggemari budu, boleh diabaikan penggunaannya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.