Popia Sira Sambal Tak Jemu DiMakan, Sedap Ikut Resipi Ni.

Share

Macam-macam versi sajian popia ni. Ada popia basah dan ada juga yang kering. Tapi versi popia sira sambal ni adalah antara popia yang cukup sedap dijadikan sajian sarapan dan petang, atau boleh aje dijadikan kudapan bila-bila aje.

Paling best dahlah intinya dari sayur dan udang geragau sedap, digaul pula dengan sambal.Jom cuba resipi yang dikongsikan Hazirah Zaihan ini. Dia mengikuti resipi asal dari Yatikitchen

dengan anggaran agak-agak untuk bahan ramuannya.

POPIA SIRA SAMBAL



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan utk inti:

  • Sengkuang (sagat)
  • Lobak merah (sagat)
  • Taugeh(kalau suka)
  • 2 sudu Udang geragau
  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)

Bahan utk sambal:

  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 5 sudu cili kisar
  • 1 sudu biji bijan
  • Sos cili
  • 5-7 sudu gula (ni sy agak2)

Bahan lain:

  • Kulit popia
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK :
Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepas itu tumis sekali dgn bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula .Goreng sekejap bagi sekata ttp api. Tos kan bagi keluar minyak dan air.


.

  1. Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar .tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa(jgn masukkan air).kacau rata masukkan gula.
  2. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau2. Tutup api biarkan sejuk.
  3. Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dgn minyak banyak api sederhana.jgn terlalu kuat. Siap goreng Sejukkan sebentar


.

4. Akhir sekali bolehlah gaul popia dgn sambal sira tadi,tabur bawang goreng siap utk dihidangkan

Kredit: hazirah zaihan

ANDA SUKA MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, INGIN MENCARI KEPERLUAN DAPUR DAN RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib