
Sekali makan popia wonder cheezee ni memang tak kan boleh berhenti. Buat korang terlagi-lagi nak menikmatinya. Kalau beli makan tak puas. Jadi kita buat sendiri jelah boleh buat selalu 🤣🤣. Mudah aje pun nak buatnya.
Bahan-bahan:
– 1/2 paket kulit popia (digunting & dicarik2)
– 4 sb serbuk cheese
– 1 sb serbuk cili
– 2 sb gula
Cara membuat :
1. Blend semua bahan (kecuali kulit popia)
2. Goreng kulit popia hingga keperangan
3. Tabur & gaul rata semua serbuk pd kulit popia. (Nak senang boleh goncang perlahan dlm bekas)
4. Siap! Resepi ni blh dapat 300gram or 1 bekas besar
Selamat mencuba! 😉👍
Kredit resepi: fatihah aziz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Peanut Butter Homemade Lebih Sihat & Tanpa Gula

Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat peanut butter @ mentega kacang homemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentega kacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Sebalang kecil harganya boleh mencecah belas dan puluhan ringgit. Malah kebanyakan darinya diimport dari luar negara. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela dan bahan-bahan yang diperlukan.
PEANUT BUTTER @ MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA

BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang tanah tanpa kulit – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.

3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.

4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.

5. Siap untuk dinikmati.

6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.

7. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Siti Iela
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kari Daging Sedap & Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak
Resipi Rice Pancake Sedap Guna Lebihan Nasi. Hanya Guna 6 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

Ayam Popcorn rangup memang menjadi kegemaran anak-anak. Senang nak disediakan anak-anak pun puas makan kalau buat sendiri.
Mak ayah pun boleh tumpang sekali, makan panas-panas dengan cili sos dan mayonis sangatlah sedap.
Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.
Boleh juga buat banyak-banyak dan bekukan. Simpan stok dalam peti sejuk anak-anak nak makan boleh goreng dalam air fryer.
AYAM POPCORN

BAHAN-BAHAN:
- 7 Ketul isi ayam (potong dadu)

BAHAN-BAHAN 1:
- * 6 ulas bawang putih
- * 2 batang serai
- * 1 sudu kecil lada hitam
- * halia seinci
BAHAN-BAHAN 2
- 4 tangkai daun kari
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- 2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN-BAHAN 3:
- 2 biji telur
BAHAN-BAHAN 4:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- Garam secubit
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.
3. Pecahkan telur dalam bekas asing.
4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati
5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.
Kredit: norhayu hanafi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ayam Masam Manis, Menu Ringkas & Mudah. Memang Menyelerakan!
Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme, Kudapan Enak Ala Barat Untuk Seisi Keluarga
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cream O Pop Stick, Buat Sendiri Goodies Comel Untuk Majlis Hari Jadi Anak

Cream O Pop stick ini sesuai sangat dijadikan goodies jamuan hari jadi anak sama ada majlis yang dibuat di rumah atau di sekolah.
Confirm makanan ini paling laris. Cream O pop ini dibuat daripada biskut kemudian disaluti dengan coklat. Daya penarik makanan ini adalah hiasan berwarna-warni yang boleh dibuat ikut cita rasa.
Cara buat Cream O Pop Stick

Bahan-bahan
Biskut Cream O
Coklat Coin Berys / Compound Choc (dark choc/white choc/strawberry)
Sprinkles (ikut citarasa)
Kayu aiskrim
Pengikat plastik
Seal Plastic (2.75″X4″

Cara membuat
1. Cairkan coklat mengggunakan kaedah just double boiled ( boleh gunakan coklat putih juga). Biarkan suam
2. Celupkan kayu aiskrim di bahagian hujung untuk cantumkan biskut sebelah menyebelah.

3. Setelah biskut melekat di batang aiskrim, celupkan seluruh bahagian biskut ke dalam coklat.
4. Hiaskan topping mengikut cita rasa anda sendiri.
5. Biarkan coklat keras, atau boleh masukkan dalam peti ais seketika.
6. Kemudian boleh simpan dalam bungkus plastik dan ikat dengan pengikat plastik.
Tip: Cream O Pop Stick ini boleh dihidangkan ketika jamuan atau pun dijadikan sebahagian daripada goodies untuk diberikan kepada anak-anak. Agar lebih sihat, sajikan juga dengan buah-buahan yang pelbagai warna ketika jamuan.

Kredit resipi & foto: Siti Shamsina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

