Suka makan popiah? Jom kita buat Popiah Cheese Carbonara ni. Sangat mudah nak buat. Dimakan ketika panas memang enak. Guna pula keju Perfect Italiano Mozzarella, bila tarik tu memang sempurna betul. Jangan lupa tambah Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma di dalam hidangan. Satu memang tak cukup. Anda wajib cuba!
POPIAH CHEESE CARBONARA
Bahan-bahan:
4 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
250gm daging kisar
1 batang lobak merah | diparut
2 cawan Fernleaf Susu UHT
5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
100gm Perfect Italiano Mozzarella
10 keping kulit popiah
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Ads
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Unsalted Butter, tumis daging hingga kering. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu tumis hingga wangi.
Masukkan Fernleaf Susu UHT dan biarkan mendidih. Masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices untuk memekatkan kuah.
Masukkan lobak merah, serbuk lada hitam dan sejukkan inti.
Sediakan kulit popiah, letakkan 2 sudu inti, keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gulung menjadi popiah. Gam kulit popiah dengan telur.
Anda nak hidangan yang lebih sihat dan enak? Jom cuba buat Burger Tofu Perisa Kari Cheese Leleh ni. Sesuai untuk yang tengah diet tu. Setiap gigitan memang padu. Lebih-lebih lagi bila guna Keju Chesdale Burger, keju yang tinggi dengan kalsium dan protein. Paling best sebab keju ni mudah mencair. Nak lagi ngam, cuba minum dengan Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango terbaru ni. Baik untuk penghadaman. Jom cuba!
BURGER TOFU PERISA KARI CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN A:
4 biji tofu – hancurkan
1 batang lobak merah – parut halus
½ cawan breadcrumbs
2 sudu makan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
½ sudu teh lada sulah
½ sudu teh garam
Bahan-bahan lain:
4 biji bun bulat – belah tengah
10-12 keping Chesdale Burger
Anchor Unsalted Butter
Hirisan tomato
Daun salad secukupnya
Sos cili secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A di dalam mangkuk. Gaul sebati kemudian bentukkan bulat dan leperkan jadi patty burger.
Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak beberapa keping burger tofu lalu gril hingga masak di kedua-dua bahagian.
Di dalam kuali kecil, letak 4-6 keping Chesdale Burger lalu cairkan sepenuhnya. Celup kepingan burger tofu ke dalam cairan Chesdale Burger sepenuhnya,
Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti lalu gril kan.
Untuk membuat burger; letak daun salad dan hirisan tomato atas roti. Kemudian letak sekeping burger tofu yang telah disaluti dengan cairan keju, sos cili secukupnya, lebihan cairan Chesdale Burger dan sekeping Chesdale Burger. Tutup dengan sekeping lagi roti.
Nikmati burger bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango yang enak dan berkhasiat.
Roti Kapit Berinti Sardin & Keju, antara menu yang paling mudah nak buat untuk sahur nanti. Hanya ambil sekeping roti, letakkan kepingan keju, inti sardin dan bakar. Confirm kenyang dan bertenaga. Paling penting, gunakan Keju Chesdale untuk meningkatkan rasa dalam hidangan. Keju ini kaya dengan kalsium dan protein. Memang sesuai untuk anak-anak. Jom cuba.
ROTI KAPIT BERINTI SARDIN & KEJU
Bahan-bahan:
4-6 keping roti
8 keping Keju Chesdale
200gram sardin – isinya sahaja
1 sudu makan chili flakes
1 batang daun bawang – cincang
Anchor Unsalted Butter secukupnya
Garam & lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan sardin, chili flakes dan cincangan daun bawang lalu kacau sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya atas roti, letak sekeping Keju Chesdale dan sesudu campuran sardin dan ratakan.
Letak sekeping lagi Keju Chesdale. Tutup dengan sekeping lagi roti. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
Letak roti di mesin pembuat sandwich dan bakar beberapa minit hingga roti agak perang. Hidangkan panas.
Teringin nak makan kentang hari ni? Jom kita buat Potato Au Gratin yang mudah dan enak ini. Ada rasa tomyam yang cukup memikat selera. Tak muak dan sangat memikat selera. Untuk efek keju tarik yang sempurna, gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan keju Chesdale yang tinggi dengan protein dan kalsium. Jom cuba.
POTATO AU GRATIN
Bahan-bahan:
3 biji kentang russet | potong nipis
2 kotak Anchor Cooking Cream
4 sudu Anchor Salted Butter
1 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar pes tomyam
2 keping keju Chesdale
100gm Perfect Italiano Mozzarella
Parsli kering | hiasan
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Salted Butter, masukkan Anchor Cooking Cream, mixed herbs dan pes tomyam dan masak hingga mendidih. Pastikan api perlahan.
Masukkan keju Chesdale ke dalam kuah. Kacau hingga keju cair dan kuah jadi lebih pekat dan creamy.
Potong nipis kentang menggunakan slicer lalu susun berlapis di dalam loyang.
Tuangkan kuah tadi ke dalam loyang hingga rata. Taburkan Perfect Italiano Mozzarella. Lalu taburkan parsli kering di atasnya.
Bakar selama 170°C selama 30 minit atau sehingga kentang masak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!