Gabungan pisang yang manis, keju yang mencair serta kulit popiah yang rangup, inilah yang buat ramai orang suka makan Popiah Pisang Berkeju. Sangat mudah disediakan dan sesuai dinikmati panas-panas. Memang hidangan yang sesuai untuk moreh. Gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Selamat mencuba.

Popiah Pisang Berkeju, Manis & Rangup Dalam Satu Gigitan

POPIAH PISANG BERKEJU

Popiah Pisang Berkeju, Manis & Rangup Dalam Satu Gigitan

Ads

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula
  • 6 biji pisang emas | dibelah dua
  • 150gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 12 keping kulit popiah | untuk 12 hidangan
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng
  • Chocolate drizzle | untuk hiasan

Cara Memasak:

  1. Golekkan pisang di atas gula.
  2. Kemudian, letakkan pisang di atas kulit popiah, ambil keju Perfect Italiano Mozzarella dan letakkan di atas pisang. Gulung dengan kemas, gam dengan sedikit air supaya kulit tidak terbuka.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
  4. Hiaskan dengan chocolate drizzle di atas Popiah Pisang Berkeju.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Resipi Nasi Goreng Butter Prawn, Wangi & Penuh Aroma

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Ads

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI