Makan

Popiah Pisang Berkeju, Snek Mudah Untuk Berbuka

Share

Mencari makanan yang manis untuk berbuka puasa? Jom buat Popiah Pisang Berkeju. Cukup senang cara membuatnya. Hanya ambil sekeping kulit popiah, letakkan pisang, keju serta coklat cip, lipat dan goreng. Boleh juga masak menggunakan air fryer. Mudah kan? Nak hidangan bertambah lazat, gunakan Anchor Cheese Slices. Kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga.

POPIAH PISANG BERKEJU

 

Bahan-bahan:

  • 8 keping kulit popiah
  • 8 keping Anchor Cheese Slices
  • 4 biji pisang – potong dadu
  • 50gram coklat cip
  • 150gram Anchor Unsalted Butter
  • Kuning telur

Cara Memasak:

  1. Ambil sekeping kulit popiah. Letak sekeping Anchor Cheese Slices.
  2. Letak potongan pisang dan coklat cip secukupnya.
  3. Sapu bahagian hujung kulit popiah dengan kuning telur. Gulung kulit popiah dan rapikan.
  4. Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Goreng popiah hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma