‘Eat Cake Today’ Cipta Pilihan Kek Terbaik & Bakal Trend 2020, Di Pertunjukan Kek 2019′

Share

Bagaikan kegemilangan Minggu Fesyen di Eropah yang mmenggegarkan Kota London, Milan, Paris dan New York,Pertunjukan Kek 2019 juga tidak kurang gahnya dengan memperagakan trend popular dan masa hadapan kek yang kreatif berlangsung di ibu kota baru-baru ini. Pertunjukan ini adalah anjuran portal kek pertama dan terkenal di negara ini iaitu ‘Eat Cake Today’ (ECT).


.

Pertunjukan kek 2019 ini menepati tujuannya dengan mempamerkan trend terkini seni pembuatan dan hiasan kek yang diramalkan bakal popular dan ‘trending’ di tahun hadapan 2020 nanti. Portal kek ECT menghimpunkan lebih 40 pembuat kek di portal taliannya dengan nama-nama terkenal seperti Bakes’s Art, Ennoble, Petitserie Dessert, Lavish Pattisseria, Little Tea Cakes,Huckelberry, Tedboy, Baked KL dan lain-lain.


Ia berjaya mempamerkan hasil seni pembuat kek dan coklat dengan memaparkan pelbagai persembahan kek dan coklat terbaru, seni keindahan coklat dan gula dalam dunia konfeski yang dijangka bakal menggegar trend di tahun hadapan.


Pengarah & Ketua Eksekutif, Eat Cake Today. Ang Boon Chow,berkata, “ECT sentiasa memendam impian untuk menjadi perintis trend dalam dunia konfeksi dan bekeri dengan menghasilkan pelbagai jenis kek yang unik dengan mengetengahkan barisan ‘baker’ muda yang berbakat besar. Malah ada yang telah meraih kemenenangan dan anugerah antarabangsa dalam bidang ini.


Pertunjukan kek sulung dan pertama sepertinya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara untuk memperkenalkan kepada rakyat negara ini kepada trend kek tahun ini dan juga merintis pada tahun hadapan 2020.” Menurutnya lagi pertunjukan kek yang dipamerkan untuk media ini adalah sebaga usaha untuk menghargai seni pembuatan kek dan jika segalanya berjalan lancar ECT akan menjadikanya sebagai satu acara tahunan.

Pertunjukan kek 2019 ini juga berjaya mencipta platform bagi ECT melancarkan kek premiumnya melalui portal dalam talian untuk mereka yang mencari kek unik dan mewah. Di samping pameran kek demonstrasi kek dan coklat juga berjaya dilangsungkan, di antaranya oleh tiga chef pastri muda berbakat besar iaitu Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef Chen Mei Ling dari C 3 Lab yang membuat persembahan Seni Keindahan Gubahan Coklat da Gula bertaraf antarabangsa.


.


Hasil kreativiti pembuatan coklat dari C3 Lab

 

Turut sama Chef Edwin Chan dan Cindy Chan menunjukkan demo pembuatan kek dan manisan yang hebat. Di antara kehebatan kek yang mencuri perhatian adalah Decandent Jar Desserts, Boba Lava Kek, Gens of the Blue Kek 10″, Macarons Fault Linwe Cake, dan Topsy Turvy Cake.


.

Dalam pertunjukan Kek 2019 ini juga satu kehebatan teknologi terkini yang membawa seni ke tahap serba baharu ‘Projection Mapping Cake’ diperkenalkan iaitu teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang digunakan untuk memaparkan kata-kata ucapan dan dan corak animasi mengikut gaya dan citarasa anda di atas kek.

Published by
Faridah Talib