
Ada yang teringin nak rasa portuguese egg tart? Kalau beli pun pasti tak puas makan tambah pula kalau anak ramai. Jadi jom buat ikut resipi ni. Makan pula semasa tengah panas, fuh memang sedap.
Portuegues egg tart

Bahan-bahan:
Instant Puff pastry- tak kisah jenama apa
50g telur penuh
4 biji telur kuning
100g gula kastor-beli online di sini
150g susu full cream
300g whipping cream dairy
Esen vanila-beli online di sini
*Kacau hingga sebati baru masukkan whipping cream*
nota kaki telur penuh tu adalah kuning dan putih sekali tuang dalam bekas dan timbanglah kalau lebih buang sikit putih telur.
Cara membuat:
1.Lapik plastik dulu bawah pastry kemudian tekankan dengan cawan
angkat dan masuk dalam bekas aluminium dan tekan rata kan tepinya. Tuang filing 3/4 penuh.
2.Bakar dalam oven 25 minit suhu 160-170 ikut oven masing-masing.Bila nampak keperangan, dah masak dan puff nampak garingapi atas bawah.

Kredit: Azlina Ina Fans
Terung John. Idea Menu Rendah Karbo Untuk Turunkan Berat Badan
Pizza Hawaian Chicken Homemade Paling Sedap. Buat Sendiri Guna Bahan Mudah
Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Korean Garlic Bread Hanya Guna Roti Keping Je

Ada peminat korean garlic bread? Jom buat Korean garlic bread versi mudah.Hanya guna roti keping yang ada dekat rumah, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.Sesuai untuk minum petang atau buat bekal untuk anak-anak ke sekolah.
Korean Garlic Bread

Adunan butter untuk celup roti:
100gm butter
5 ulas bawang putih- (cincang halus)
1 biji telur
2 sudu besar madu
Daur parsley kering – sikit
Cara membuat:
1.Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih, tutup api.
2.Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti:
150gm Cream cheese – (saya pakai jenama tatura)
3 sudu besar susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis

Cara membuat:
1.Campur semuanya, kacau sampai rata.
Cara penyediaan:

1.Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

2. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
3.Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

4.Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Kredit: Haya Yahya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Jenis Resipi Waffle Menarik Dan Mudah Untuk Sarapan, Anak-Anak Mesti Suka!

4 jenis resipi membuat sarapan untuk anak-anak. Kamu ada waffle maker di rumah? Hadiah perkahwinan tahun lepas mungkin? Jangan simpan sahaja gunakan untuk membuat idea resipi menarik ini untuk sarapan anak-anak atau untuk suami tersayang. Sungguh mudah dan senang!
1. Waffle Iron Grilled Cheese Sandwhich

BAHAN-BAHAN:

- 2 keping roti sandwich
- 3 oz cheddar keju
- 2 sudu besar mentega masin, pada suhu bilik
CARA MEMASAK:

- Panaskan pembakar wafel semasa sdang menyediakan sandwich.
- Sapukan satu keping roti dengan mentega, hanya pada satu sisi (ini adalah bahagian yang akan di letakkan pada besi wafel).
- Letakkan irisan keju di atas sepotong roti ini, kemudian sebarkan roti yang lain dengan mentega, hanya pada satu sisi.
- Letakkan bahagian yang tidak dilepaskan ke atas keju, kemudian letakkan seluruh sandwic ini pada besi wafel.
- Tutup bahagian atas wafel besi, tetapi jangan menekan dan menghancurkan sandwic.
- Biarkan masak selama 3-5 minit sehingga roti coklat dan rangup dan keju telah cair. Nikmati!
Kongsi resipi: Joanne Ozug
2. Banana & Nutella Waffle Sandwhich

BAHAN-BAHAN:
- mini frozen wafel
- nutella
- pisang
CARA MEMASAK:

1. Masukkan ke dalam microwave mini wafel selama kira-kira 45 saat, cukup untuk defrostkannya dan memisahkan setiap wafel mini.
2. Letakkan lapisan nipis Nutella pada satu sisi setiap wafel, kemudian tambahkan dengan hirisan pisang kepada setengah wafel.
3.Dalam kuali leper letakkan wafel dengan pisang di atasnya selama 2 hingga 3 minit. Kemudian masukkan bahagian wafel yang lain di atas membuat sandwic dan flip ke coklat di sisi lain.
4. Masak lagi 2 hingga 3 minit, biarkan sejuk dan siap!
Kongsi resipi dan gambar: Thrifty & Chic Mom
3. Hashbrown With Squash and Zuchini.

BAHAN-BAHAN:
500grm kentang merah | parut
1 labu kuning sederhana | parut
1 zucchini sederhana | parut
1 bawang kecil | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang
1 sudu garam | ikut citarasa
1/4 lada sudu teh
1 sudu minyak zaitun
CARA MEMASAK:

- Boleh gunakan pengisar untuk kisar kasar kentang, labu kuning, zucchini, bawang, dan bawang putih. Jika anda tidak mempunyai pengisar boleh juga gunakan pemarut sayuran.
- Keringkan dahulu bahan kisar tadi. (Biarkan ianya cukup kering kerana penting untuk membuat hash brown rangup).
- Masukkan garam dan lada dan perasakan, kacau sebati dengan sempurna.
- Masukkan minyak ke kuali leper atau bekas pembakar wafel. Tuangkan bahan, masak api api sederhana sehingga bahagian bawahnya rangup, kira-kira 4 – 6 minit. Kemudian terbalikkan dan masak sehingga sisi lain rangup, kira-kira 4 – 6 minit.

Nota:
Sekira menggunakan besi waffle, anda boleh mencuba memasak sayur-sayuran parut di dalamnya. Berus atau sembur dengan minyak. Letakkan 1/2 cawan sayur parut di atas setiap persegi di pembuat wafel. Sebarkan secara merata di bahagian bawah pembuat waffle, tutup tudung dan masak selama 8 – 10 minit atau sehingga kentang goreng masak.
*boleh tukarkan labu kepada kentang atau terung
Kongsi resipi: Holly Lofthouse
4. Pizza Waffle




BAHAN-BAHAN:
Kerak pizza:
1/2 cawan air suam
2 sudu teh madu
2 ½ sudu teh yis kering aktif
2 sudu minyak zaitun
½ tsp garam
1½ cawan ditambah 2 sudu tepung serba guna atau keseluruhan tepung gandum
Tepung untuk rolling
8 irisan keju mozzarella
1/3 cawan keping mini pepperoni
2 cawan sos pizza
CARA MEMASAK:
- Sapukan sedikit minyak pada pembakar waffle, biarkan pembakar panas seketika.
- Buat dalam 8 doh. Letakkan setiap doh dengan 1 keping keju dengan 6 atau 7 kepingan pepperoni. Tekan doh di tepi untuk mengelak setiap nya terbukak.
- Letakkan doh di tengah pembakar waffle. Tutup penutup; masak selama 3 minit atau sehingga wafel berwarna perang keemasan. Ulang
- dengan doh yang lain. Hidangkan dengan sos pizza.
Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Persis Seperti Di Kedai Bakery!

Semerbak harum bau bila roti kopi atau dipanggil mexican bun sedang dibakar. Terdapat 3 bahagian iaitu roti lembut, saduran kopi dan inti mentega yang buatkan roti ini begitu enak.
ROTI KOPI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung roti
- 50gm gula halus
- 10gm garam halus
- 10gm susu tpg
- 10gm yis kering
- 1biji telur A
- 250gm air sejuk
- 40gm shortening
CARA MEMBUAT:
- Campur semua bahan kering kedalam mixer. Putar pada kelajuan perlahan mggunakan Dough Arm.
- Masukkan telur, kemudian air perlahan lahan sehingga jadi doh selama 10 minit.
- Akhir masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.
- Uji kekenyalan doh. Ambil sedikit doh tadi dan tarik sedikit demi sedikit sehingga dapat 1 lapisan tidak koyak (seperti orang tebar roti canai dapat doh yang nipis itu) guna jari jemari untuk tarik.
- Bahagikan doh 50/60gm setiap 1 .
- Bulatkan cantik-cantik doh dan pastikan permukaan doh yang licin sahaja. (Kalau mahu bole letak mentega yang dipotong dadu dalam doh)
INFO: Susun atas dulang yang disapu shortening dan rehatkan sehingga kembang gebas.

BAHAN SADURAN:
- 100gm mentega
- 100gm gula halus
- 100gm tepung gandum
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu besar Coffee emulco/nescafe o kopi
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Putar mentega dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan coffee emulco dan putar sehingga sebati
- Setelah siap, guna piping bag (tidak perlu gunakan nozel) potong bahagian hujung sikit sahaja.
- Bila doh tadi sudah siap kembang bole paiping saduran atas doh macam dalam gambar
- Bakar 180’c selama 25-30mnt ikut oven masing2.
INFO: Saduran jangan letak berlebihan nanti banjir tray pembakar. Cukup sekadar saduran itu akan meleleh tutup bahagian roti.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adri Oppa

