Anda penggemar Portuguese Toast di Harold’s Bread? Tapi mungkin roti ini terlalu manis buat sesetengah orang. Boleh cuba buat sendiri ikut cita rasa anda. Sangat sedap dan berkrim. Boleh hidang sebagai sarapan mahupun minum petang.
Portugese toast
Bahan-bahan:
2 keping Roti gardenia putih/roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak) kalau gardenia nipis sikit. Ni saya guna roti benggali
2 keping Cheesedale
Susu segar (sukatan agak-agak je. Beli kotak kecik pun dah cukup)
1 sudu besar gula (saya guna gula perang) *letak ikut manis kita suka.
1 sudu butter
*bahan-bahan boleh adjust ikut kesukaan.
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Masukkan butter, susu, kemudian cheese, gula. Kacau-kacau. Masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat. (Jangan terlalu pekat)
2.Tutup api. Sapu atas roti tadi. Masuk dalam oven. Bakar sampai atasnya macam keperangan sikit. Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160 darjah. Adjust ikut oven masing-masing.
3.Siap untuk dihidang.
Kredit: Ju Zue
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
https://www.rasa.my/mudah-cepat-masak-20-resipi-kukus-rebus-untuk-sajian-keluarga/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Pastri Savouri Popular Yang Paling Ramai Orang Order Online. Yang No 4 Tu Memang Sangat Laris!
Andai buka facebook atau lihat posting home bakers di IG, pasti terliur melihat aneka pastri yang mereka hasilkan. Semuanya nampak enak dan enak. Tidak diakui air tangan ‘pakar’ semestinya berbeza dengan kita yang amatur ni. Memang sedap! Kalau nak tahu, pastri memang mempunyai tarikan yang tersendiri. Tidak kira ia pastri manis, pedas atau kaya berkrim, setiap satunya memiliki rasa yang dapat memukau selera untuk dinikmati. Sekali cuba, pastinya teringat-ingat nak rasa lagi.
Kali ini RASA kongsikan dengan anda beberapa resepi pastri yang popular dan boleh dikatakan ‘hot item’ bagi geng-geng bakers. Lepas ni bolehlah belajar buat sendiri. Selamat mencuba!
1. CHICKEN POT PIE
BAHAN PASTRI:
- 1 tin sup cendawan
- 1 cawan susu segar
- 2 cawan sayur campur
- 400gm isi ayam
- 1 biji bawang besar | dipotong dadu
- Sedikit minyak untuk menumis
- Pastry segera secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang sampai layu. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati. Masukkan pula sayur campur kemudian perasakan dengan sedikit garam.
- Masukkan sup cendawan dan susu segar masak sehingga sedikit pekat.
- Ketepikan.
- Masukkan isi yang telah di masak tadi ke dalam bekas remekin.
- Tutupkan dengan puff pastri tadi mengikut saiz remekin. Sapukan kuning telur di permukaan pai.
- Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bakar pastri sekadar untuk merangupkan pastri segera sahaja.
2. CHICKEN MUSHROOM QUICHE
BAHAN UNTUK PASTRI:
- 200gm tepung gandum
- Sedikit garam
- Sedikit mixed herbs
- 110gm mentega sejuk -kiubkan
- 1 kuning telur
- ¼ sudu makan jus lemon
- 20ml air sejuk | dimasuk berselang seli
- 1 sudu teh gula halus
BAHAN UNTUK INTI:
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 50gm lada benggala pelbagai warna di potong dadu
- 1 batang seleri
- 20gm cendawan butang hiris nipis
- Bawang besar
- 200 isi ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit mixed herbs
BAHAN UNTUK CREAM:
- 250gm whipped cream
- Sedikit lada hitam
- 4 biji telur
CARA MEMASAK :
- Untuk menyediakan pastri, campurkan tepung gandum, garam dan mixed herbs.
- Seterusnya campurkan bahan selebihnya dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung tadi.
- Kemudian uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
- Selepas itu, terapkan dalam pie mould yang boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu dan bakar selama 15 minit-20 minit secara blind bake atau separuh masak.
- Untuk menyediakan filling.Tumiskan bawang putih, diikuti isi ayang yang telah dicincang , goreng sekejap.
- Masukkan kesemua campuran sayuran.
- Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.
- Bagi menyediakan krim pula, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
- Selepas doh dibakar separuh masak selama 20 minit, masukkan filling.
- Akhir sekali masukkan krim.
- Taburkan keju cheddar yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170°C.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Quiche adalah sejenis pastri seperti tart yang dimasukkan dengan isi yang dimasak terlebih dahulu.
3. TUNA POTATO FLAN
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 115gm mentega sejuk | dipotong dadu
- Air sejuk secukup
BAHAN INTI:
- 1 sudu makan mentega untuk menumis
- 1 biji bawang Holland
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 tin tuna
- 100gm lada benggala dipotong dadu
- 2 biji telur
- ½ cawan krim masakan
- ½ sudu teh jus lemon
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
- Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali butter dan air. Gaul rata.
- Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
- Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai
- Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
- Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
- Blind bakepastri keemasan (letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri dah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
- Untuk menyediakan inti,
- Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
- Masukkan tuna dan perahkan lemon masak dan ketepikan.
- Masukkan inti dalam pastri yang dah kuning keemasan.
- Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
- Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C atau cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Adunan ini sesuai untuk pastri bersaiz besar.
4. QUICHE TOMYAM UDANG
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- ½ sudu teh serbuk kari
- 115gm mentega sejuk | potong dadu
- Air sejuk secukupnya
BAHAN INTI:
- 1 sudu makan butter untuk menumis
- 1 biji bawang Holland
- 1 ulas bawang putih
- 1sudu teh perencah tomyam
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 200gm isi udang
- 2 tangkai daun sup | hiris
- 2 biji telur
- 1/2cawan susu cair
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pastri, satukan semua bahan pastri kecuali mentega dan air. Gaul rata.
- Kemudian masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tidak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
- Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai.
- Kemaskan keliling acuan pai, lebihan doh dipotong dengan pisau. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
- Blind bake pastri keemasan (blind bake – letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri sudah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
- Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan kacau rata.
- Masukkan isi udang.
- Masukkan inti dalam pastri yang sudah kuning keemasan
- Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
- Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C. Cucuk dengan lidi pada adunan telur, jik tidak melekat, bermakna ia sudah masak.
- Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Jika suka pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk kari dalam bahan.
5. MINI SHEPHERD PIE
BAHAN A (UNTUK INTI):
- 400 gram daging kisar
- ½ biji bawang besar | potong dadu
- 1 ulas bawang putih | cincang
- ¾ cawan kacang panggang
- 6 biji cendawan butang |belah empat
- 5 biji tomato masak | potong dadu atau boleh digantikan dengan sedikit puri tomato
- 1 batang lobak merah | potong dadu
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1 cawan air
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 kiub stok daging
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
BAHAN B (UNTUK TOPPING):
- 1 kg kentang | potong kecil-kecil
- 1/2 cawan susu segar
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
- Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
- Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
- Sediakan bahan untuk membuat topping pula.
- Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
- Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
- Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
- Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
- Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Atau masukkan dalam piping bag dan guna swirl nozzle yang besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu . Bakar selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam.
INFO CHEF : Boleh dimasak di dalam remekin atau di dalam bekas foil comel.
6. BABY SPINACH AND SALMON QUICHE
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping short crust pastry
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu segar
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 60gm mentega| dicairkan
- 285gm kepingan ikan salmon
- 50gm baby spinach
- Sedikit garam
- 1/2 cawan keju
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur, masukkan susu, tepung, baking powder ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
- Masukkan mentega, kepingan ikan salmon, baby spinachdan keju ke dalam bancuhan telur tadi.
- Tuangkan ke dalam acuan short crust pastry dan bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit.
INFO CHEF: Bahan inti boleh juga dimasukkan hirisan cendawan butang yang telah ditumis bersama minyak zaitun sehingga layu untuk rasa yang padat.
Pai Cendawan Berkrim. Hidangan Pastri Enak Pengganti Nasi.
Ketika menyediakan pai ini, doh dibahagian atas perlu dilubangkan sedikit bagi memastikan pai masak dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN:
- 100gm cendawan butang perang | dihiris
- 100gm cendawan Portobello | dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 100ml krim masakan
- 1 kiub ayam
- 2 sudu makan tepung gandum
- Sedikit minyak untuk menumis
Kulit Pai:
- 150gm tepung gandum
- 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
- 125ml air sejuk
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau lalu masukkan cendawan yang sudah dihiris. Tumis sehingga sedikit layu.
- Masukkan kiub ayam dan kacau seketika lalu masukkan krim dan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan tutup api. Ketepikan seketika.
- Seterusnya, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal.
- Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Kepalkan doh dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan pai. Isikan dengan inti pai yang telah disejukkan tadi dan tutup permukaan pai dengan lebihan doh yang telah dilubangkan sedikit.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 180C sehingga masak keemasan.
Shepard Pie Ni Ikut Cara Masak Yang Betul Confirm Menjadi
Hajat nak membuat sheperd pie ni dah lama, cuma asyik malas je nak mula. Kebetulan ada lebihan kentang putar yang dibuat hari sebelumnya terus rasa nak cuba resipi sheperd pie.Shepherd Pie mempunyai banyak variasi. Ia lebih sedap dimakan semasa panas. Cubalah buat dengan resipi yang dikongsi ini.
SHEPARD PIE
Bahan untuk mashed potato (lapisan kentang )
- 5 biji ubi kentang russet (kalau guna kentang biasa pun boleh tapi tambah jadi 7 biji)
- 1/2 cawan susu segar
- 3 sudu besar butter
- 1 sudu kecil serbuk lada putih/lada sulah
- Garam secukup rasa
Untuk inti
- 1 labu bawang Holland
- 5 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
- 1 biji tomato (jika suka)
- 1 botol kecil tomato puree
- 1 paket isi ayam/daging kisar
- 1 biji karot (potong dadu)
- Sedikit serbuk lada hitam, lada sulah dan oregano
- 2 sudu besar sos cili -BELI ONLINE DI SINI
- Sedikit garam
- Egg wash(telur kuning+air sedikit)
- Cheese mozarella/ parmesan ( saya guna cheese slice)
- Butter untuk menumis
Cara memasak:
1.Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan hingga halus.
2.Masukkan susu, butter, lada sulah dan garam
3.Gaul rata ketepikan.
4.Panaskan sedikit butter tumis bawang hingga layu
5.Masukkn isi ayam dan karot
6.Masukkan tomato puree, sos cili, oregano, serbuk lada hitam dan lada sulah
7.Perasakan dengan garam.
8.Dah siap tutup api .
9.Ambil bekas/loyang sapukan butter sedikit bawahnya
10.Masukkan lapisan kentang dahulu
11.Masukkan pula isi ayam tadi
12.Letakkan cheese.
13.Ulang proses yang sama sampai habis dan akhir sekali bahagian atas mestilah lapisan kentang.
14.Sapukan egg wash.
15.Letakkan cheese dan taburkan parsley flakes.
16.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit
* kalau tengok bahagian atas dah keperangan maknanya dah masak la tu
Kredit: Hidayati Hana
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official