Potato Fritters Menu Sarapan Kegemaran Anak-anak. Rangup & Menyelerakan!

Share

Potato Fritters menu sarapan kegemaran anak-anak. Digoreng rangup dan sangat menyelerakan. Makan macam tu sahaja atau cicah dengan sos, memang menyelerakan.

Menggunakan bahan-bahan yang cukup mudah, hidangan ini sesuai dijadikan menu sarapan atau juga kudapan petang.

Cicah dengan sos thai atau sos cili dan juga boleh dimakan begitu sahaja. Memang menu kegemaran seisi keluarga.

POTATO FRITTERS RANGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji kentang (sagat halus)
  • 4 sudu besar tpung jagung
  • 3 sudu besar tpung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Serbuk Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, serbuk perasa dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak. Sudukan bancuhan dan goreng agak2-agak leper. Balik-balikan dan tunggu sampai masak. Angkat dan toskan guna tisu dapur.
  3. Sedap dimakan bersama sos

Info: Boleh tambah bahan kesukaan anda seperti ikan bilis, hirisan isi ketam dan sebagainya.

Kredit: noraida durani

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin