Resipi Potato Fritters atau CucurKentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek yang enak dan untuk anak-anak dan suami tercinta. Ada pelbagai jenis resipi fritters atau cucur yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Menu sihat yang berasaskan tauhu yang diisi dengan isi ayam. Inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
TAUHU KUKUS BERINTI
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam kisar
6 keping tauhu kering
1 biji cili merah | | dicincang
1 pokok daun bawang | dihiris
1 paket tauhu telur
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, taufu telur, cili merah, daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan lada sulah, garam dan serbuk pati ayam. Gaul sekali lagi.
3. Potong tauhu menjadi dua bahagian dan sumbat inti tadi hingga padat.
4. Susun tauhu di dalam kukusan dan kukus hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Hari ni mengidam nak makan laksa. Tapi bukan laksa utara atau penang. Kita buat laksa cina. Kombinasi ikan kembung dan sardin memekatkan kuah dan tambah enak. Selain itu untuk kuahnya kita letakkan campuran bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, buah keras dan kunyit memberikan kelainan rasa pada kuah laksa. Kepedasan kuah terpulang pada citarasa masing-masing.
Bahan untuk kuah:
Ikan kembung/ sardin
1 tin sardin besar
2-3 biji bawang besar *
1 labu bawang putih *
1 inci lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras **
4 batang kunyit hidup *
Cili padi ikut suka *
Cili kering dikisar ikut suka
1/2 inci belacan**
Asam keping ikut suka
4 kuntum bunga kantan
4 batang daun kesom
1/2 biji buah nenas dikisar
* Ditumbuk / kisar sekali
** Ditumbuk asing
Bahan untuk hiasan:
Bawang besar dihiris
Cili padi dipotong kecil-kecil
Bunga kantan dihiris
Fish ball direbus
Fish kek digoreng dipotong-potong
Daun pudina
Limau Kasturi
Telur rebus
Cara memasak:
1. Rendam laksa dahulu sampai agak lembut . Rebus tak lama. Masa merebus pastikan letak garam , moga laksa sedap. Sambil tu rebus telur sekali. Pastikan telur dibasuh. Jimat masa.
2.Semua bahan * tumbuk ditumis sampai wangi. Kemudian masukkan bahan ** . Lengkuas, belacan dan terus tumis sampai semua bahan tumisan betul-betul masak.
3.Pastikan semua bahan betul-betul masak.
4. Masukkan semua ikan yang ditumbuk, air rebusan, bunga kantan, daun kesom , asam keping, cili padi, buah nenas.
5. Perasakan gula, garam dan perasa secukupnya.
6.Gaulkan rata dan biarkan masak selama mana suka, lagi lama lagi sedap. Biarkan mereneh . 7. Dah siap untuk dihidang untuk keluarga.
*Tip Boleh letak petis udang kalau suka. Laksa cina asli tak perlu letak petis udang.
Kredit: Jamaiyah Sadri
Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 ulas bawang putih |dicicang halus
2 sudu makan kicap
½ sudu makan cuka
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula
secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika.
2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan
cili dan cili benggala.
3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi.
4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Gril/panggang Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef :Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
200gm tepung pulut
4 sudu besar gula castor
Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
200 gm buah kundur (rock melon)
100 gm gula
250 ml air
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati.
2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus.
3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus.
4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil.
5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi. Cara masak inti :
1 . Potong dadu (kecil) buah kundur.
2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur.
3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Kukus Jenis Masakan : Manisan Jepun Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef: Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
120 gm tepung beras
40 gm nasi putih
¼ sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran
4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar
sehingga halus.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
3. Uli adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan.
6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Keropok Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef :Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh minyak bijan
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji lobak merah | diparut
2 helai daun kobis | diracik halus
¼ cili benggala hijau
500 gm udang
1 ikat daun bawang | dihiris kasar
½ sudu teh bijan
1 sudu teh kicap
1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef:Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.