
Cucuq kentang atau nama omputihnya Potato Fritters ni memang sedap dikunyah dan mengenyangkan. Jom ikut resipi mudah ni daripada perkongsian Noraida Durani ni.
POTATO FRITTERS

Bahan-Bahan:-
- 3 biji kentang (sagat halus)
- 4 sdm tpung jagung
- 3 sdm tpung gandum
- 1 biji telur
- Daun bawang
- Serbuk Lada sulah
- Garam
- Perasa (abaikan jika tdak perlu)
- Minyak masak (utk mengoreng)
CARA MEMASAK :
1. Satukan kentang yg telah di sagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto… gaul sebati
2. Panaskan minyak masak….sudukan dan goreng agak-agak leper….balik-balik kan… tunggu sampai masak… angkat…. siap!!
3. Sedap dimakan bersama sos

Kredit : Noraida Durani
FB : Resepi Tutorial Terbaek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Resipi Strawberi Anak-anak Mesti Suka. Kek, Biskut, Trifles, Coklat Strawberi Keju…Sedapnyaa.

Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES

BAHAN KEK:
- 150gm tepung kek
- 150gm mentega
- 150gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
- 3-4 biji strawberi | dipotong
- 300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR

BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 250gm mentega
- 100gm gula kastor
- 12 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 280gm tepung gandum serba guna
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
- 225gm krim keju
- 90gm gula ising
- 3 biji telur
- Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES

BAHAN-BAHAN:
- 260gm buah strawberi | potong dadu
- ½ sudu teh jus lemon
- 75gm gula kastor
- 122gm tepung red rose
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh garam
- 36gm mentega
- 70gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 180 ˚C.
2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika.
3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
5. Sudukan di atas loyang.
6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON

BAHAN-BAHAN:
- 500gm doh puff pastry
- 1 biji telur
- 7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
- 50gm gula ising
- 20gm serbuk koko
- 225gm krim keju
- ½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
4. Pukul lagi hingga kembang.
5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Enaknya Puding Mangga Yogurt Ni Dimakan Ketika Sejuk

Dah puas menjamu selera bila dan semua berkumpul, sesuai sangat dihidangkan dengan pemanis mulut. Sedap ni kalau dapat puding mangga yogurt, makan ketika sejuk. Gerenti berebut nanti.

PUDING MANGGA YOGURT
Bahan-bahan:
2 biji mangga masak
10gm agar-agar serbuk-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan air + 1 cawan air
3/4 cawan gula (ikut citarasa)
1 cawan susu segar/cair
2 sudu besar susu pekat/pemanis-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar yogurt asli/perisa mangga
Secubit garam #zida2004
1 ketul gula batu (optional)
Cara memasak:
1.Sebiji mangga dihiris dan potong dadu. Taburkan ke dalam acuan/bekas dengan rata.
2.Masak agar-agar bersama 2 cawan air gula dan gula batu (supaya puding tidak berair) hingga larut sepenuhnya. Bahagikan kepada dua bahagian, satu cawan satu bahagian.
3.Satu bahagian agar-agar campurkan dengan 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan/bekas yang mengandungi potongan mangga tadi. Biarkan sedikit membeku.
4.Dalam blender satukan sebiji lagi mangga yang telah dihiris, susu segar/cair, susu pekat, yogurt dan garam. Kisar hingga sebati dan halus. Tuangkan ke dalam satu bahagian agar-agar tadi. Masak sehingga mendidih kecil dengan api sederhana. Setiasa dikacau supaya tidak pecah susunya.

5.Apabila lapisan puding dengan potongan mangga sedikit membeku, tuangkan agar-agar mangga kisar sedikit demi sedikit sehingga habis.
6.Biarkan sejuk sebelum disimpan ke dalam peti ais selama beberapa jam.
7.Keluarkan dari peti ais dan bolehlah dipotong dengan pisau yang tajam dan dihidangkan. Siap untuk dihidang.

Kredit: #norfazidagda
Resipi Ayam Varuval Pandan Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Gulai Sotong Dengan Ramuan Daun Limau & Daun Kunyit, Semerbak Harum Baunya
Cara Bancuh Adunan & Masak Waffle Yang Sedap Secara Homemade.

Kanak-kanak sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 7 keping waffle. Cukup untuk jamu 1 keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Salina Saad ni. Mudah & pasti menjadi.
WAFFLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 biji telur
- 3 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
- 1/2 paket mauripan ( yis segera)
- 1 sudu teh baking powder
- 3/4 cawan minyak masak
- 2 sudu makan susu tepung
- Esen vanilla
- 2 cawan air
- Jem kegemaran/mentega kacang/coklat/nutella
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.
3. Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. ( TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)
4. Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.
5. Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.

6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau tidak. Biar dalam 3-4 minit.

7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.

8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Salina Saad

