
Snek ringan rangup, sesuai untuk sarapan dan minum petang yang cukup enak.

POTATO FRITTERS
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji kentang (sagat halus)
- 4 sudu besar tpung jagung
- 3 sudu besar tpung gandum
- 1 biji telur
- Daun bawang
- Serbuk Lada sulah
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak masak

CARA MEMASAK:
- Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, serbuk perasa dan gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak masak. Sudukan bancuhan dan goreng agak2-agak leper. Balik-balikan dan tunggu sampai masak. Angkat dan toskan guna tisu dapur.
- Sedap dimakan bersama sos



Info: Boleh tambah bahan kesukaan anda seperti ikan bilis, hirisan isi ketam dan sebagainya.
Kredit: noraida durani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rempeyek Rangup dan Sedap, Puas Makan Buat Sendiri

Salah satu kudap-kudapan tradisional yang sedap adalah rempeyek. Harga rempeyek sekarang ini pun boleh tahan. Sebab hendak membuatnya menuntut kesabaran tinggi. Perlu digoreng satu demi satu.
Jom lihat resipi yang RASA kongsikan ini daripada seorang ahli group facebook Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali.
REMPEYEK RANGUP

BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur ayam
1 sudu besar air kapur
330 ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan bawang putih, buah keras, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumbuk lumat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, garam, telur ayam, air kapur dan santan. Gaul sebati.
3. Masukkan lagi santan. Kacau lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
5. Panaskan sekali acuan bulat rempeyek selama 5 minit.
6. Keluarkan acuan. Letakkan bancuhan rempeyek ke atas acuan. Letakkan juga kacang tanah dan ikan bilis ke atasnya.
7. Masukkan acuan ke dalam minyak masak yang panas.
8. Goreng sehingga rempeyek timbul dan keperangan.
9. Ulang sehingga siap semua adunan. Siap!
Untuk lebih jelas, boleh tonton video di link ini.
Semoga bermanfaat
Resipi Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju & Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea Yang Mudah

Mencari hidangan menarik untuk meraikan hari istimewa bersama si dia? Cubalah buat Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju dan Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea ini. Menu yang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang puas hati bila makan. jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk memberi regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa. Gerenti menjadi!

MASHED POTATO DENGAN CRAB MEAT BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang jenis russet – buang kulit
- 150gram crab meat (isi ketam) – hancurkan
- 100gram Anchor Butter Unsalted
- 250gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- ½ sudu teh serbuk cili
- 2 biji telur – kacau dengan garfu
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi kentang yang telah dikupas hingga empuk dan toskan.
- Letak ubi kentang rebus tadi dalam mangkuk semasa masih panas lalu masukkan Anchor Butter Unsalted. Lumatkan kentang dan butter bersama- sama. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa lalu gaul lagi hingga rata dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk lain, masukkan crab meat, Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, serbuk cili, garam dan lada sulah secukupnya lalu gaul sebati menjadi inti. Ketepikan.
- Ambil sesudu makan campuran kentang lalu kepal-kepalkan dan leperkan sedikit. Letak Keju Perfect Italiano Mozzarella Letak pula sedikit inti isi ketam lalu bentukkan bujur dan rapikan hingga kentang menutupi semua inti.
- Celup kentang berinti tadi ke dalam bancuhan telur. Lumurkan atas breadcrumbs
- Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
AYAM GORENG CHEESE LELEH ALA KOREA

BAHAN-BAHAN A:
- 4-6 ketul ayam
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu gula perang
- 1 sudu makan chili flakes
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan bijan – sangai
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 4 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 biji telur
- Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
- 150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 100gram Anchor Butter Unsalted
CARA MEMASAK:
- Satukan ayam bersama 2 ulas bawang putih cincang, serbuk lada hitam dan halia kisar. Perap selama 30 minit.
- Setelah diperap, masukkan ½ sudu makan serbuk cili dan telur lalu gaul sebati. Taburkan tepung jagung hingga menyaluti ayam.
- Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga garing. Toskan dan ketepikan.
- Di dalam kuali lain, Panaskan sedikit minyak lalu tumis 2 ulas bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan lebihan serbuk cili, chili flakes, madu, gula perang, sos tomato, sos cili dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan ayam goreng tadi beserta bijan sangai lalu gaul sebati. Ketepikan.
- Di dalam periuk kecil, satukan Keju Perfect Italiano Mozarella & Anchor Butter Unsalted lalu cairkan hingga semua bahan sebati.
- Letak ayam goreng ke dalam pinggan menghidang, tuang sos keju leleh dan hidangkan segera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Brokoli Mozarella Bites. Snek Ringan Untuk Anak Yang Kurang Makan Sayur.

Anak-anak kurang gemar makan sayur? Resipi ni mungkin boleh umpan mereka untuk makan sayuran hijau penuh khasiat ni. Mudah & enak. pasti mereka akan sukakannya!
BROKOLI MOZARELLA BITES

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan madu
- 60gm brokoli | potong kasar
- 60gm keju mozzarela | parut kasar
- 1 biji telur
- 160ml susu segar
- 150gm tepung gandum serba guna
- 3gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh minyak masak
- 1 biji bawang merah | racik
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan tos minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
JOM MAKAN BROKOLI!
Sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Namun, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.

Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
MANFAAT BROKOLI TERHADAP KESIHATAN
1. Membantu Turunkan Berat Badan

Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan

Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit

Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal Tekanan Darah

Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.

