Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles ni untuk si kecil. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah si kecil makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
POTATO SMILES
Ads
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk.
2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.
3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
Ads
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.
5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
Ads
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Salad Buah merupakan snek paling mudah yang boleh anda sediakan hari ini. Enak dimakan sejuk, ia merupakan campuran buah-buahan yang digaul bersama sos ringkas. Kombinasi campuran buahan-buahan kegemaran menaikkan lari rasa enak hidangan ini. Lemak, manis, masam, semua ada. Sangat menyegarkan. Nak cuba sos Salad Buah ni? Saudari Ani Zam ada kongsikan resipinya. Jom kita mula!
Sekarang ni ramai yang belajar buat tauhu bergedel sebab nak niaga. Tak salah kalau korang pun cuba buat untuk makan sendiri. Nah, ni kami berikan resipinya. Puas makan.
TAUHU BERGEDEL DAGING
BAHAN TAUHU
• 5 biji kentang (rebus dan lenyek)
• bawang goreng
• daun sup
• daging cencang (rebus dengan sedikit garam)
• garam
• telur ayam
• minyak masak untuk menggoreng
• tauhu kosong
CARA MEMBUAT TAUHU
1. Masukkan kentang, bawang goreng, daun sup, daging cencang dan sedikit garam ke dalam bekas.
2. Gaul sampai bahan-bahan sebati.
3. Rasa sedikit bahan-bahan tadi. Jangan terlalu masin. Kalau masin sangat tak sedap sebab kita nak makan tauhu ini dengan sambal cili kicap.
4. Sumbat bahan-bahan tadi ke dalam tauhu kosong. Tebuk tengah-tengah tauhu untuk senang nak isi bahan-bahan tadi ke dalam tauhu.
5. Isi bahan-bahan tadi penuh pada tauhu dan betul-betul padat.
6. Dah siap sumbat, pecah sebiji telur ayam dalam bekas. Pukul sedikit telur ayam itu.
7. Celupkan tauhu tadi ke dalam telur ayam.
8. Goreng dalam minyak masak panas sehingga tauhu tadi berwarna perang. Toskan minyak.
8. Siap untuk dihidangkan bersama sambal cili kicap.
BAHAN SAMBAL CILI KICAP
• 3 ulas bawang putih
• 15 biji cili api
• 1/2 cawan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan sampai hancur. Masukkan dalam bekas.
Resipi oleh Shaeila Ehin dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Kalau ada banyak stok kentang di rumah, bolehlah cuba buat bebola kentang. Nak lagi sedap, letak sikit keju dalam bebola tu. Hidangan macam ni boleh dijadikan kudapan. Kadang budak-budak suka kudapan yang bukan-bukan. Misalnya makanan ringan atau jajan. Kini emak-emak boleh sediakan kudapan yang mengenyangkan untuk anak-anak. Bebola kentang cheese ini boleh dijadikan kudapan yang memberi tenaga untuk anak.
BEBOLA KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN
3 biji ubi kentang
Keju
1 biji telur ayam telur
Tepung Bestari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang sampai empuk. Kemudian lenyek sampai tak berketul-ketul supaya senang nak bulat-bulatkan nanti.
2. Selepas siap lenyek, ambik sikit letak di tapak tangan. Kemudian letak keju dalam adunan kentang sebagai inti dan bulatkan jadi bebola.
3. Pecahkan telur dan kacau. Kemudian salut adunan kentang dengan telur.
4. Golek adunan dalam Tepung Bestari.
5. Goreng sampai warna kekuningan atau sampai masak.
Tip
1. Pastikan minyak masak secukupnya dan kena betul-betul panas sebelum menggoreng.
2. Sedap dimakan dengan sos Cheese atau sos cili.