Bagi meraikan ketabahan wanita Malaysia MAGGI® melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®. Program ini menyusuli rintisan kejayaan program yang dilancarkan pada tahun 2020 yang menerima penyertaan oleh lebih 900 wanita, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu – sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.
Memahami keadaan ini, MAGGI® telah mengambil langkah pro-aktif untuk menilai perubahan dan keperluan kritikal wanita semasa pandemik COVID-19 serta mengumpul maklumbalas oleh peserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun lalu.
Berdasarkan maklumat ini, MAGGI® akan melancarkan sebuah modul baharu “Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan” untuk wanita yang berminat memulakan atau menambah baik perniagaan makanan mereka yang sedia ada.
Diterajui oleh usahawan dan mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI®, Anne Idris dan Chef MAGGI® , Chef Muluk, Masterclass ini adalah sesi eksklusif untuk memberi bimbingan mendalam dan tip bagi meningkatkan kemahiran memasak dan keusahawanan asas buat usahawan makanan serta mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan sendiri.
Para peserta akan berpeluang untuk menyertai program bimbingan peribadi yang unik ini, menyampaikan idea perniagaan mereka dan akhirnya menerima modal benih dari MAGGI® Malaysia untuk merealisasikan impian perniagaan masing-masing.
Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bermula dengan hasrat untuk memberi inspirasi serta mendorong wanita Malaysia membina keyakinan serta memperkasakan kemahiran diri bagi mencuba sesuatu yang baru untuk memulakan perubahan yang positif, baik untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sambutan menggalakkan dan maklumbalas positif yang kami terima pada 2020 memberi inspirasi dan mendorong kami untuk menggandakan lagi impak program ini.
Kami manfaatkan motivasi ini kepada tindakan dengan memperluaskan bengkel, menambah kandungan baharu yang relevan dan memperkenalkan modul Masterclass tahun ini. Inilah komitmen kami untuk terus membangunkan usaha yang memberi impak kepada lebih ramai wanita dan menangani pelbagai keperluan mereka kerana kami ingin semua peserta dalam program ini menjadi lebih berani baik di dapur dan juga perniagaan.”
MAGGI® memperluaskan kandungan bengkel tiga hari tahun ini dengan menampilkan modul digital yang dipertingkatkan melalui Jurulatih Bertauliah Google, untuk menyampaikan kemahiran digital yang praktikal dan cara-cara untuk menambahbaik penggunaan media sosial dalam perniagaan.
Peserta-peserta juga berpeluang untuk mengikuti sesi yang lebih interaktif bersama mentor kegemaran mereka, Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.
MAGGI® juga baru-baru ini telah melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya – Resipi Berani MAGGI®, yang memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020. Siri realiti TV enam episod ini akan disiarkan setiap minggu bermula pada 14 Julai 2021
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran bengkel dan Resipi Berani MAGGI®, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/