Projek Bubur Lambuk Kampung Baru, Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan

Share

Tradisi lebih seratus tahun pemberian bubur lambuk kampung baru akan diteruskan melalui Projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang dilancarkan oleh Astro, Nu Ideaktif dan Maxis dengan tema Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan.

Melalui projek ini 9,000 pek bubur lambuk akan diedarkan selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 13hb Mei hingga 15hb Mei ini. Pemberian bubur lambuk akan diagihkan dan dihantar ke rumah-rumah kebajikan,golongan yang memerlukan, barisan hadapan ‘frontliners’ dan pasukan keselamatan ‘wira negara’.

Bila menyebut bubur lambuk kampung baru, nama Pak Zainal generasi keempat tukang masak bubur lambuk Kampung Baru orang penting disebalik kelazatan bubur lambuk pasti ada. Bubur lambuk di sini memang menjadi buruan.“Bubur lambuk ini memang istimewa kerana resipinya tak berubah sampai sekarang,”

katanya yang mewarisi resipi dari generasi keluarganya.

Di usia 65 tahun Pak Zainal tetap gagah meneruskan legasi bubur lambuk. Katanya semuanya bermula dengan keikhlasan. Dia telah memegang tanggungjawab ini selama 37 tahun lamanya dan bukannya mudah memasak dengan kuantiti yang banyak di usia begini.

Resipi asal warisan keluarga, kekal hingga kini

Katanya dia akur dengan PKP dan situasi pandemik Covid-19 ini yang membataskan pengedaran secara terus bubur lambuk ini kepada orang ramai dan merasa kasihan dan sedih kerana masyarakat tidak lagi dapat berduyun datang dan beratur mengambil dan menikmati keenakan bubur lambuk seperti dulu.

Namun Ramadan kali ini melalui projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang diusahakan oleh Astro, Ideaktiv dan Maxis dengan kerjasama Pak Zainal,tradisi pemberian bubur lambuk dapat diteruskan walaupun dalam keadaan dan skala yang berbeza.

 

Jika dahulunya lebih 120,000 pek sepanjang sebulan Ramadan iaitu 4,000 pek sehari diagihkan pada masyarakat . Tetapi tahun ini melalui Projek Bubur Lambuk Kampung Baru walau skalanya lebih kecil dengan 3,000 pek sehari iaitu dengan jumlah 9,000 pek , walaupun dalam keadaaan berbeza dan walau tidak sebesar mana tradisi sepuluh dekad ini dapat diteruskan dengan penuh keikhlasan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, “Maxis berbesar hati untuk turut serta kempen ini bukan sahaja untuk mengekalkan tradisi sepanjang abad tetapi ingin memupuk budaya memberi dan berkongsi di kalangan rakyat Malaysia. Kami berharap kempen ini akan lebih menyatukan kita sebagai satu negara.”

Moga Projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang akan dilancarkan bermula 13hb Mei hingga 15hb Mei ini yang diusahakan oleh Astro, Nu Ideaktiv dan Maxis serta beberapa penaja yang lain dapat mencapai hasrat murninya agar dapat sama-sama “Indahkan senyuman dan eratkan jalinan” di kalangan masyarakat negara ini.

Bagi mereka yang teringin nak memasak Bubur Lambuk Ala Kampung Baru yang enak, jom tengok aksi Chef Imelda memasaknya dalam Campak-Campak Jadi ini.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib