Siapa di sini mempunyai minat untuk menghias ruang dapur? Ada saja nak di upgrade ruang dapurnya agar sejuk mata memandang dan rasa selesa bila memasak di dapur. Mungkin dapur putih sentuhan Norpadilah Binti Afandi boleh jadi ilham korang.


sebelum.

Menurut pemiliknya , dia telah lama mengidamkan sudut minum kopi atau coffeebar di ruang dapur.Tempat santai family semasa sarapan atau minum petang sambil-sambil makan kampung style roti bakar. Fuhhhhhh…..berangan sungguh.

Bukan sekadar angan-angan kosong, minat dan kesungguhannya membuahkan hasil. Sempena cuti PKPB tempoh hari, dia tak sia-siakan masa yang terluang untuk mula projek coffeebar ini.


Istimewanya menggunakan 100% daripada bahan terpakai dan kerja tangannya sendiri. Projek ini mula dua hari sebelum tahun baru. Baru baru ini siap dan dapat dikongsi di fbnya. Masih lagi belum siap sepenuhnya. Ada lagi yang mahu ditambah di sana di sini.


selepas.

IKLAN

-Hook penyangkut tak beli yang khas pun…cuma beli paku yang warna hitam biasanya khas untuk kayu dan simen. Dia tak karat, cantik dan kilat.
-Cawan/mug biasalah ecoshop kan ada.
-Rak cawan warna putih…beli kat mr.diy…dlm RM6-7 je. Tak mahal mana pun.
-Bakul besi dua ketul tu beli kat kedai bunga pun tak mahal dalam RM9 satu.
-Signage Coffee yg belum dapat nak sangkut tu pemberian kawan

-Bekas kuih bunga pink 4 ketul tu pemberian kawan

-Lain-lain item seperti rak gantung dan deko diy saja,kutip sesaja la jawabnya

IKLAN

-Lampu ni bajet RM40

IKLAN

INGIN MEMBELI SANDWIC MAKER, LIHAT DI SINI.