Hidangan menu masakan India dari Puan Vasantha ini memang terbaik, kaya dengan aroma rempah ratus dan rasanya memang sedap. Tak hairanlah kalau kediamnya menjadi kunjungan sanak saudara dan sahabat handai kerana air tangannya memang sedap dan sentiasa mendapat pujian dari keluarga dan rakan-rakan. Anda yang ingin mencuba menu masakan India, Vasanatha tidak kedekut berkongsi resipinya untuk korang semua semua.

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

Happy Depavali untuk Vasantha dan keluarga…. Terima kasih kerana berkongsi menu dengan RASA…

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan udang | buang kulit dan bersihkan
  • 5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1/4 sudu teh pes bawang putih
  • 1/8 sudu teh pes halia
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/4 cawan tepung serba guna
  • 1 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH RATUS

  • 1/4 serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
  • 1/4 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu teh garam masala
  • Secubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam | jika suka
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
2. Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
3. Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
4. Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
5. Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
6. Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
8. Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
9. Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
10. Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
12. Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
13. Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

Ads

NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras basmathi | rendam lebih kurang 20 minit
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3-4 biji lada hitam
  • 3cm kulit kayu manis
  • 1 helai daun bay
  • 1 cawan bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan yogurt
  • 2 sudu makan garam masala
  • 1 sudu makan saffron | pewarna untuk nasi

BAHAN SAYURAN:

  • 1 biji tomata | potong dadu
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 biji cili hijau | potong 2-3cm
  • Sedikit bunga kubis | potong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk cili

CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bawang bersama garam masala, sedikit garam dan yogurt. Gaul rata.
2. Tambahkan beras bersama bahan-bahan lain.
3. Tambah saffron sebagai pewarna. Gaul rata dan tutup api.
4. Untuk menyediakan sayuran, masukkan minyak dalam kuali, garam masala, bawang goreng, tomato,serbuk cili, garam, hirisan bunga kubis dan kentang (separuh masak), sedikit yogurt. Tambah sedikit air, gaul rata.
5. Tuangkan sayur dalam periuk nasi elektrik, diikuti dengan bahan beras.
6. Tambah air secukupnya dan tutup periuk nasi. Masak seperti biasa.
7. Setelah nasi masak hias dengan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:

1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
4 biji bawang besar | potong dadu
4 biji buah tomato | potong dadu
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus lemon
4 sudu makan yogurt
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
3cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
2. Perap selama 30 minit.
3. Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
5. Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
6. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
7. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
8. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan
  • 4 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu teh serbuk cili
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak.

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
3. Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
4. Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
5. Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
6. Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
7. Setelah cukup rasa, tutup api.
8. Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
8 Udang sedia dihidangkan.

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih
  • 2 cawan bawang besar | cincang
  • 1 cawan puri tomato segar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 8-10 ulas bawang putih
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu makan pes kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN GORENG SANGAI:

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • 3cm kulit kayu manis
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 8-10 ulas lada hitam
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh biji sawi

CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
4. Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
5. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
6. Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

Ads

IKAN PARI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan pari | bersihkan dan potong kecil
  • 8-10 ulas bawang putih
  • 3cm halia | hiris halus
  • 4 helai Puck Acids
  • 10 ulas bawang merah | cincang
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN GORENG SANGAI:

  • 15-20 tangkai cili kering
  • 3 sudu makan biji ketumbar
  • 4 sudu makan lada hitam
  • 2 sudu makan jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
5. Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit.
5. Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi.
7. Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak.
9. Pari Ketumbar sedia dihidangkan.
Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
  • 5 biji bawang Holland | cincang
  • 5 biji cili hijau | cincang
  • 3 biji cili padi | potong dua
  • 1 biji timun | hiris
  • 2 biji tomato| hiris
  • 3cm halia | hiris nipis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
  • Daun pudina seccukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
2. Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
3. Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
4. Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
5. Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
6. Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
7. Onion Ratta sedia dihidangkan.

Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3/4 Yellow Moong Dhal
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam seckup rasa
  • 1.25 cawan air
  • 2 cawan daun baby spinach | cincang
  • 1/2 biji bawang besar | cincang
  • 1/2 cawam tomato | cincang
  • 1/2 sudu teh pes halia
  • 1/2 sudu teh pes bawang putih
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh chili flakes
  • 1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1.5 sudu makan minyak sapi
  • 1 cawan air suam

BAHAN TAMBAHAN:

  • 2 sudu teh minyak sapi
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk cili

CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih kacang dhal.
2. Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
3. Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
4. Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
5. Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
6. Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
7. Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
8. Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
9. Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
10. Perasakan dengan garam secukup rasa.
11. Tutup api dan sedia dihidangkan.

.WHEAT FLOUR HALWA:
BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 cawan tepung gadum
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan biji gajus | goreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk,
2. Setelah minyak sapi cair, masukkan tepung, gaul rata supaya tidak berketul di atas api sederhana.
3. Apabila adunan sudah sebati dan berubah warna keemasan. Tutup api dan ketepikan.
4. Menggunakan kuali lain, masukkan satu cawan gula dengan tiga cawan air.
5. Tuangkannya ke dalam aduanan tepung tadi dan terus mengacau hingga sebati agar tidak bergentel.
6. Kemudian taburkan serbuk kulit kayu manis, gaul rata hingga masak.
7. Sebelum hidang taburkan di atasnya dengan biji gajus yang telah digoreng.
Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali.
.

KERAL STYE PAYASUM
BAHAN-BAHAN:

  • 350gm gula Melaka
  • 2 cawan kelapa muda | hiris halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan beras | rendam
  • 1 cawan kacang hijau | rebus
  • 1 sudu makan garam
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu makan serbuk halia
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan buah gajus | goreng

CARA MEMASAK:
1. Kisar halus buah pelaga. Ketepikan.
2. Sementara itu campurkan beras dan kacang hijau, kemudian rebus menggunakan periuk tekanan supaya lebih cepat lembut.
3. Masak gula Melaka dengan satu cawan air hingga gula hancur, kemudian masukkan pula kelapa dan susu cair.
4. Setelah hancur masukkan sirup gula Melaka dalam rebusan kacang dan nasi tadi.
5. Kacau rata dan masukkan pula minyak sapi dan serbuk kulit kayu manis di atas api sederhana.
6. Perasakan dengan secubit garam, kemudian tutup api.
7. Di dalam kuali lain, panaskan minyak sapi.
8.Goreng kismis dan biji gajus hingga kuning keemasan. Tuang dalam ke dalam adunan bubur.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI