Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Memang sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Resipi sambal belacan kisar ini memang menjadi dan sedap tak terkata. Boleh buat stok selama 2 minggu. Boleh makan berpinggan-pinggan nasi dibuatnya. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ini adalah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba buat di rumah? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah | boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya | boleh buang biji jika suka
Belacan | banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat | perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi | ambil jus
2 biji limau kasturi | belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Sedapnya bila tengok Air Asam Ketagih perkongsian Cikgu Afy Al Habibini. Terasa keenakannya bila dicicah bersama aneka lauk pauk bakar dan rebus seperti ikan bakar, terung bakar, bendi celur dan sebagainya. Sangat membuka selera. Bagi anda yang suka makan nasi bersama air asam, resipi yang satu ni harus dicuba. Boleh buat stok dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak makan, tinggal ceduk sahaja.
RESIPI AIR ASAM KETAGIH
BAHAN-BAHAN BAKAR: 2 biji bawang merah 1 biji bawang besar Holland – beli online disini 1 biji tomato 3 ulas bawang putih 2 inci belacan – beli online disini
BAHAN LAIN: 1 biji lemon– ambil jusnya sahaja 3 tangkai cili padi hijau 3 tangkai cili padi merah 1 1/2 gelas air asam jawa(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) – beli online disini 1 sudu besar garam bukit – beli online disini 1/2 sudu besar gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan bahan-bahan bakar dan panggang dalam kuali.
2. Masukkan bahan bakar tadi ke dalam pengisar. 3. Tambahkan jus lemon, cili padi hijau, cili padi merah dan air asam jawa.
4. Tambahkan juga garam bukit dan gula perang.
5. Kisar semua bahan tadi hingga lumat. 6. Masukkan Air Asam ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
7. Untuk menghidangnya, ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
8. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
NOTA: Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan. Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, air asam perlu terus menikmati air asam. Tidak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.
5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.
INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.