Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Memang sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
BAHAN-BAHAN
15 tangkai lada kering
3 inci belacan
1 cawan udang kering
2 cawan gula pasir
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh Are Piz dari Telegram KakiMakan