Puas Makan ​Sate Ikan Lokcing Homemade

Share

Tidak perlu sudah payah ke Kelantan untuk merasa keropok ikan locking. Buat sendiri baru puas hati dapat buat kuantiti banyak untuk famili anda. Jadi tidak ada yang berebut sebab tidak cukup.

SATE IKAN LOKCING

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan selayang (saiz besar)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • 1 biji bawang besar

CARA MEMASAK: 

  1. Kisar isi ikan yang sudah di buang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam dan serbuk perasa sampai lumat.
  2. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan tepung ubi yang di campur dengan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.(kalau adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingha adunan tidak melekat di tangan).
  3. Gentel adunan menjadi bulat-bulat kecil.
  4. Goreng sekejap dengan api yang sederhana. Angkat dan tos kn.
  5. Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.

 


BAHAN-BAHAN SOS:

  • 5 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 sudu gula (ikut citarasa anda lebihkan jika hendak lebih manis)
  • 5 sudu tepung ubi
  • 3 cawan air
  • Pewarna merah
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, gula, garam dan cili kering.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak menggunakan api kecil.
  3. Bancuh tepung ubi dengan air dan letakkan sedikit pewarna merah
  4. Masukkan tepung yang sudah bancuh ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat.
  5. Perasakan gula dan garam ikut kesukaan masing-masing. Siap boleh hidang dengan sate tadi. Kalau anda mahu rasa pedas tambah cili padi semasa kisar bahan-bahan awal tadi.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: siti hajar ibu sara

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Published by
Zera Naim