Makan

Puas Makan Rendang, Buat Sotong Rebus Serai. Lauk Ringkas Macam Ni Memang Sedap

Share

Lauk sotong rebus serai ini antara lauk ringkas yang akan terasa sedap sangat bila kita dah banyak sangat makan gulai, rendang, lauk ayam dan daging waktu raya ini.

Selalu lauk rebus-rebus ini berasaskan ikan dan sayur tapi sebenarnya boleh juga gunakan sotong. Paling penting menu ini mudah sangat untuk dimasak. Buat yang berdiet pun sesuai.

Cara buat sotong rebus serai

 

Bahan-bahan

5-10 ekor sotong
2 biji cili api & 2 tangkai lada solok
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
3 batang serai -diketuk
3 keping asam keping

Cara membuat

 

1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

 

3. Apabila mendidih, masukkan cili dan sotong, terus perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.

 

4. Apabila mendidih, matikan api supaya sotong tak terlebih masak (nanti liat).

 

Selepas matikan api, boleh juga masukkan tomato jika suka. Sedia dihidangkan. Lauk ini memang sedap makan dengan sambal belacan, budu dan ulam-ulaman.

 

Selamat mencuba.

Sumber: Syah Musafir

 

Published by
Rose