
Ni dia puding yang sangat murah kosnya. Guna tiga bahan aje. Puding ni puding kukus ya.
Selain biskut cream crackers boleh aje guna biskut lain macam digestive, biskut Marie janji sedap
PUDING 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN :
- 10 keping biskut cream crackers (rasanya apa saja biskut pun bole)
- 2 biji telur
- 3 sdb susu pekat (boleh rasa kalau kurang manis tambah lagi ye)
CARA MEMASAK "
1. Rendam biskut dalam air.Dah lembut,toskan.
2. Campurje biskut,susu dan telur tadi… kisar
3. Panaskan pengukus.Bila dah panas,bolehla kukus lapisan demi lapisan

TIPS :
~ saya buat 2 adunan untuk 2 kaler
~ setiap layer,kukus selama 5 minit.layer last kukus 10 minit.
~ Ops..jangan lupa sapu acuan dengan butter ye.
Senang ke mudah??
Jom kita NGAPP!!
kredit: Siera
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kek Minyak Sunquick Yang Gebu & Lembut

Tekak terasa nak makanan kek yang masam-masam manis? Boleh cuba buat kek minyak sunquick. Jika anda tak pernah makan, cubalah buat di rumah. Sedap tak terkata. Ini resipi yang dikongsi oleh Nur Balqis. Mudah sahaja caranya. Selamat mencuba.
KEK MINYAK SUNQUICK

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 2 cawan tepung kek
- 1 sudu besar ovelet
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan pati sunquick
- 1/2 gula aising
- Pewarna oren
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan ovelet dan susu pekat.
3. Kacau sebentar dan masukkan pati sunquick.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
5. Masukkan minyak dan gaul lagi.
6. Bahagikan kepada dua bahagian dan masukkan pewarna oren pada satu bahagian.
7. Sapu minyak pada acuan.
8. Panaskan kukusan dan masukkan adunan berselang-seli mengikut warna.

9. Kukus dan siap!


Kredit foto & resipi: Nur Balqis
Mencari PENGUKUS MAKANAN? Boleh cari DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Baca lagi artikel menarik di laman web RASA:
Resipi Kek Chiffon Pandan Guna Sukatan Cawan. Lembut Macam Kapas!
Cara Buat Kek Keju Sedap Hanya Guna Krim Keju, Susu Pekat Manis & Telur. Mudahnya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Kerepek Popia Pedas, Rasa Sekali Gerenti Mencari Lagi

Kulit popia banyak fungsinya. Selain dibuat popia goreng, ramai juga yang mengolah resipi kulit popia ini untuk dijadikan kudapan seperti popia nestum dan popia pedas atau popia bersira.
Pembuatannya pun tidaklah sesukar mana. Buat beramai-ramai atau bersama-sama anak-anak ketika menggulung kulit popia, memang cepat siap dan banyak hasilnya.
Resipi perkongsian Hairul Nizam Ijam kali ini memang terbaik. Sedap nampak sambal siranya tu. Tak sabar nak buat. Bolehlah buat kudapan ataupun kerepek pada Hari Raya.
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia (saiz besar ) – Boleh beli online di sini
1 biji telur
5 sudu besar gula – Boleh beli online di sini
1 sudu teh pati asam jawa – Boleh beli online di sini
1 sudu teh garam
Minyak (untuk menggoreng)
(BAHAN KISAR)
20 biji cili kering – Boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:
Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.
Gunting ikut citarasa masing-masing.
Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.
Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.
Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam.
Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan kerepek popia dan gaul rata.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tak susah nak buatnya kan.

Kredit: Hairul Nizam Ijam
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Comelnya Labu. Uniknya Pumpkin Bua Loy, Pencuci Mulut dari Thailand
Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap, Begini Cara Buatnya
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
2 Menu Sempoi Berkuah Untuk Makan Tengah Hari Nanti. Tak Perlu Lauk Lain Dah.

Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Bagi anda yang gemarkan hidangan berkuah, ini idea yang boleh dicuba hari ni.
1. SUP DAGING SIAM

BAHAN-BAHAN:
- ½ kg daging | bersihkan dan hiris
- 5 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 200 ml air
- 2 cm halia
- 2 biji kentang | potong enam
- 1 batang lobak merah | potong
- 1 biji tomato | potong enam
- 3 batang daun sup | hiris
- 3 batang daun bawang | hiris
- 1 sup bunjut
- Rempah penumis empat serangkai
- 1 biji limau nipis | ambil jus
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Bawang goreng sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
- Daging dicuci bersih dan dihiris nipis. Ketepikan.
- Bawang putih, bawang merah, halia dikisar halus. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak bersama rempah penumis empat serangkai (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang), masukkan air dan sup bunjut. Kacau sebati.
- Masukkan pula hirisan daging. Setelah empuk masukkan lobak merah dan ubi kentang sehingga masak sepenuhnya.
- Langkah akhir, setelah mendidih masukkan garam secukup rasa, hirisan daun bawang dan daun sup serta tomato. Perahkan limau nipis. Kacau sekata.
- Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sup daging Siam rasanya lebih masam dan pedas, ia tidak menggunakan rempah ratus.
2. PETOLA TUMIS AIR UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang petola | buang kulit keras dan potong
- 5 ekor udang | bersihkan
- 2 biji bawang merah | hiris
- 2 biji bawang putih | hiris
- 1 batang daun sup | potong
- 1 keping fucuk | rendam
- 1 paket suhun
- Garam dan bahan perasa secukup rasa
- Air secukupnya
- Daun bawang dan bawang goreng secukupnya untuk hiasan |pilihan
CARA MEMASAK:
- Masukkan air di dalam periuk, kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan tauhu kering.
- Masak atas api sederhana hingga mendidih beberapa minit.
- Kemudian masukkan petola, suhun, fucuk, udang, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau sekata.
- Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng jika suka.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain petola, isian sayur boleh dipelbagaikan ikut cita rasa anda dan keluarga.

