Selain dimakan begitu sahaja, betik juga enak dijadikan puding sebegini. Memang ada ‘class’ dan sangat sedap! Guna betik manis untuk hasil yang memuaskan dan hidangan ini enak dinikmati sejuk.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji betik ranum
50gm mentega
60ml susu cair
6gm serbuk agar-agar
375ml air
1 sudu makan tepung kastad
1 biji telur
100gm gula kastor
50gm isi betik masak | dipotong dadu
1/2 sudu teh esen vanila
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Ads
Kupas betik dan belah dua. Keluarkan biji dan sedikit isinya supaya lubang ditengahnya agak besar untuk diisi adunan puding nanti. Bersihkan dan simpan di dalam peti sejuk.
Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih dan larut. Masukkan mentega dan kacau.
Di dalam bekas lain, satukan telur, susu, esen vanila, tepung kastad serta garam. Kacau hingga sebati.Tapiskan adunan tadi.
Masukkan adunan telur yang ditapis tadi ke dalam agar-agar yang dimasak. Kacau rata.
Setelah mendidih, padamkan api dan biarkan sehingga agak suam.
Masukkan isi betik yang dipotong dadu dan tuangkan adunan puding ke dalam buah betik. Sejukkan sekali lagi sebelum dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bahan penting dalam membuat roti ialah yis. Namun tak semuanya akan menjadi seperti roti yang selalu dibeli di bakeri.
Jadi macam mana nak buat roti lembut dan gebu macam yang dijual dibakeri tu? Menerusi perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad, menunjukkan tidak mustahil untuk hasilkan roti buku yang lembut di rumah.
1.Masukkan susu, telur, dan gula ke dalam bekas. Kacau rata. 2. Masukkan tepung gandum dan yis. Kacau rata. Dah rata sikit, masukkan garam. 3. Adun rata hingga jadi macam doh. 4. Uli sekejap sampai licin sikit. Masukkan marjerin yang dicairkan. Kalau doh macam lembik sikit, boleh je tambah tepung. Tapi jangan banyak sangat. Paling banyak pun 3/4 cawan gitula. Tangan tu sapu minyak sikit bagi senang urus doh.
5. Uli sampai doh jadi licin dan elastik sikit. Kalau tak elastik sangat pun takpe. Sebab resepi ni saya olah dari resipi roti tanpa uli. Jadi, jangan risau. Ulilah semampu korang saja. Lipat-lipatkan doh tu kalau tak larat uli. Lipat-lipatkan dalam 20 kali gitu. Nanti doh akan jadi lebih licin sikit berbanding tak uli/lipat langsung.
6. Lepas uli secukupnya, bulat-bulatkan doh jadi bentuk bola. Perap sejam. Tutup bekas perapan dengan kain lembap. Doh sepatutnya naik 2 kali ganda ye.
7. Bila doh dah naik, tumbuk doh buang angin. Canai rata. Lipat doh. Kemudian gulung jadi bentuk bantal. 8. Letak doh dalam acuan 7x3x3 yang telah disapu mentega. Perap lagi dalam 40 minit. Biar naik 3 kali ganda. Sebelum bakar, sapu susu atas muka doh.
9. Bakar suhu 180C, api atas bawah, 25 minit. 10. Bila dah masak, sapu mentega cair atas muka roti nak bagi kilat. Biar 10 minit. 11. Keluarkan dari loyang dan siap untuk dipotong. Boleh makan dengan sardin ke, jem ke, sambal ke.
*Cara nak lipat doh untuk roti ni, boleh rujuk mana-mana video dalam youtube ye. Saya tak reti pulak nak jelaskan. Gambar lupa pulak snap. *Nak pelbagaikan pun boleh. Letak kismis, chocolate chips, nak buat butterscotch bread ke. Boleh je. Sebab memang lembut rotinya ni. *Kalau ada mixeratau bread maker, pakailah. Hasil pasti lebih lembut lagi nanti. Saya pakai handmixer. *Saya guna tepung serbaguna lily paket hijau. *Saya pakai susu kotak kecil tu. Fresh milk dutch lady. Panaskan sekejap susu tu. Pastu biar suam-suam dulu baru guna. Kalau guna panas-panas sangat, yis mati.
Anak-anak pasti suka jika disediakan roti kukus sosej untuk hidangan minum petang. Ditambah pula dengan cheese, lagi berselera dibuatnya. Boleh sediakan menu ini untuk hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti
Sosej
Cheddar cheese
Mayonis
Sos cili (boleh tambah kalau nak)
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus sosej dan toskan.
2. Ambil roti, belah tengah dan sapukan mayonis di dalam. (Kalau suka sos, boleh sapu sekali atau letak lepas masak)
3. Sumbatkan sosej tadi pada bahagian tengah.
4. Kerat kepingan cheese menjadi beberapa bahagian.
5. Lapiskan kepingan cheese di atas sosej.
6. Panaskan air dalam periuk, kukus sehingga mendidih.
7. Susun roti di atas periuk dan pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
8. Tutup tudung periuk dan kecilkan api.
9. Kukus selama 2 minit (maksimum) atau sehingga cheese cair, roti panas dan lembut.
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sapa yang tidak gemar dengan kek gebu seperti kek span vanila ni. Kalau ikut cara yang betul memang menjadi kek yang korang buat. Ini perkongsian daripada Siti Hadirah. Kalau ikut caranya hanya ikut guna cawan minum air teh atau kopi untuk sukatan. Tapi menurutnya ketiadaan cawan tersebut, dia hanya menggunakan cawan minum susu anak. Asal menjadi, boleh saja gunakan.
Kek Span Vanila
Bahan-bahan:
2 biji telur gred B ½ cawan gula(saya kurangkan lagi) ½ sudu besar ovalett-BELI ONLINE DI SINI ½ sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI ½ cawan minyak jagung/biasa-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder ¼ cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Kisar telur, gula, ovalett dan esen vanila hingga kembang dan putih. 2.Masukkan minyak jagung ke dalam adunan telur. 3.Ayak sekali tepung gandum dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi dan adun sehingga sebati. 4.Akhir sekali masukkan susu dan kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati semua adunan. 5.Lapik loyang dengan baking paper. 6.Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 selama 30-35 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...