Selain dimakan begitu sahaja, betik juga enak dijadikan puding sebegini. Memang ada ‘class’ dan sangat sedap! Guna betik manis untuk hasil yang memuaskan dan hidangan ini enak dinikmati sejuk.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji betik ranum
- 50gm mentega
- 60ml susu cair
- 6gm serbuk agar-agar
- 375ml air
- 1 sudu makan tepung kastad
- 1 biji telur
- 100gm gula kastor
- 50gm isi betik masak | dipotong dadu
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Kupas betik dan belah dua. Keluarkan biji dan sedikit isinya supaya lubang ditengahnya agak besar untuk diisi adunan puding nanti. Bersihkan dan simpan di dalam peti sejuk.
- Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih dan larut. Masukkan mentega dan kacau.
- Di dalam bekas lain, satukan telur, susu, esen vanila, tepung kastad serta garam. Kacau hingga sebati.Tapiskan adunan tadi.
- Masukkan adunan telur yang ditapis tadi ke dalam agar-agar yang dimasak. Kacau rata.
- Setelah mendidih, padamkan api dan biarkan sehingga agak suam.
- Masukkan isi betik yang dipotong dadu dan tuangkan adunan puding ke dalam buah betik. Sejukkan sekali lagi sebelum dinikmati.