Puding Biskut Cream Cracker Hanya 4 Bahan. Sedap Lemak Lemak Manis

Share

Sekali tengok macam kuih lapis. Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ini bukan kuih lapis. Ini puding tau. Puding empat bahan sangat mudah membuatnya. Dah siap, potong-potong, masuk dalam bekas dan sejukkan. Esok pagi sambung makan lagi.

Puding Biskut Cream Cracker
Bahan-bahan:

24 keping biskut krim craker
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
Pewarna-BELI ONLINE DI SINI

Cara membuat:
1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang


2.Toskan
3.Masukkan semua bahan dalam pengisar.
4.Kisar sampai halus.
5.Bahagikan tiga warna.

6.Tuang warna pertama.Kukus 5 minit..
7.Lapiskan lagi sampai habis.
8. Yang terakhir kukus lagi 10 minit

Siap dan boleh dihidang.

Kredit : Siti Aishah Hussin

NAK DAPATKAN BLENDER BARU? BOLEH KLIK DI SINI

Published by
Putri Adila Saari