Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Tentulah lepas menu utama , menu pencuci mulut juga perlu difikirkan. Bolehlah buat puding.Puding biskut lemak ni mudah saja nak buat. Kalau disejukkan sebelum dimakan lagilah nikmat rasanya.
Puding Biskut Lemak
Bahan-bahan: *25 keping biskut cracker – rendam air panas kejap – toskan *1/2 tin susu pekat *4 biji telur * Sedikit esen vanilla
Ads
Cara membuat: 1.Kisar semua bahan-bahan – boleh letak warna pilihan 2.Kukus setiap lapis 5 minit. 3.Cakar sikit dengan garfu sebelum tuang lapisan baru. 4.Lapisan last kukus 10 minit. *sapu minyak skit pada loyang *air kukusan mesti mendidih dulu. *tutup tudung periuk kukus – supaya air tak menitik Kredit: Lily Juliana
Kebiasaannya, kalau nak makan ikan bakar yang sedap mesti kita akan beli kat kedai kan? Bukan apa, takut buat sendiri tak menjadi dan rasanya tak sama macam kat kedai. Jangan risau, jom kita cuba guna resipi yang dikongsi oleh Nasriah Ramli. Tak susah pun sebenarnya nak buat ikan bakar ni. Memang sedap!
IKAN BAKAR NAS STYLE
BAHAN-BAHAN SAMBAL PERAP:
Bahan Kisar:
Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis atau udang kering
Bahan Lain:
Sos tiram
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Air
Daun limau purut
Daun kunyit
Petai
Daun pisang
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan air asam jawa dan masak hingga kering.
Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Jika terlalu pekat atau kering, tambah sedikit air.
Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Barulah masukkan petai.
Bila sambal dah sejuk, lumur pada ikan dan balut dalam daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.
BAHAN-BAHAN AIR ASAM:
Cili merah
Cili hijau
Cili api
Tomato
Bawang besar
Garam
Gula
Air asam jawa
Belacan
Air limau nipis
CARA PENYEDIAAN:
Hiris halus cili merah, cili hijau, cili api, tomato dan bawang besar.
Gaul dan lenyekkan bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan.
Perah air limau. Nak lagi sedap, boleh letak kerisik dan isi ikan rebus.
Pernah cuba kuih Puli Ubi Kayu? Sejenis kuih yang dihasilkan dari ubi kayu dan dimakan bersama air gula melaka. Agak jarang dijual di kedai dan kebanyakan orang tua-tua sahaja yang minat dan kepakaran untuk hasilkan kuih ni. Bagi generasi muda, tidak ramai yang tahu. Sebelum resipi ini hilang ditelan zaman, jom pakat belajar buat dan kenalkan kepada anak-anak keunikan serta keenakan kuih tradisional Melayu ni.
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Bagi penggemar sajian Steam Tofu @ Tofu Lembut, resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni pastinya anda perlu cuba. Sangat mudah, ringkas dan sedap. Pastinya kena dengan selera. Persis rasa seakan sajian dari restoran nasi ayam ternama atau restoran Chinese muslim. Lepas ni bolehlah cuba masak sendiri. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Bawang putih, halia dan udang kering.
2. Mula-mula keluarkan tofu dari bekas. Letak dalam pinggan bersesuaian dan kukus dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan sahaja. Boleh abaikan jika tiada.
3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing.
4. Bila sudah garing, angkat. Bau memang wangi dan menyelerakan.
5. Untuk buat kuah, ambik dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dengan secukupnya dan sedikit sos tiram.
6. Masukkan air 50ml lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahlah kicap cair atau sos tiram. Bila sudah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.
7. Tofu yang sudah dikukus perlu dibuang air kukusannya.
8. Kemudian tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu.
9. Seterusnya tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). 10. Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.Siap untuk dinikmati.
Nachoas loaded ini antara makanan viral masa kini. Seperti makanan viral yang lain ramai yang sanggup beratur panjang untuk membelinya. Tapi kalau nak merasa dan tak sanggup untuk beratur, boleh cuba sendiri.